Kerajaan Malaysia baharu sahaja memaklumkan bahawa PLKN 3.0 untuk kelahiran 2007 sahaja yang akan dipanggil untuk menyertai program latihan khidmat negara (PLKN) 3.0 bermula tahun hadapan.
Hal ini telah dijelaskan oleh MINDEF melalui satu kenyataan yang mengatakan bahawa kerajaan telah bersetuju bagi memperkenalkan semula PLKN melalui kaedah yang baru dan juga selaras dengan akta latihan khidmat negara 2003 di bawah akta 628.
Garis Panduan Baharu PLKN 3.0 Untuk Kelahiran 2007
Isi Kandungan
Penetapan Baharu MINDEF Berkenaan Isu Panggilan PLKN 3.0
Menteri Pertahanan menjelaskan bahawa pelatih juga akan dipilih mengikut tahun kelahiran 2007 yang bermaksud pengambilan PLKN kali ini mempunyai garis permulaan tahun kelahiran tertentu.
“Contohnya seandainya PLKN 3.0 ini dilaksanakan pada tahun 2024. Oleh itu, remaja yang hanya lahir pada 2007 sahaja yang akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut” menurut pihak MINDEF.
Penangguhan Penyertaan PLKN 3.0
Kerajaan juga menjelaskan berkenaan penyertaan PLKN terdapat penangguhan yang dibenarkan dengan hanya sebab-sebab yang tertentu dan wajar sahaja.
Walaubagaimanapun, kerajaan juga menjelaskan bahawa terdapatnya hak maksima untuk penyertaan menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun. Kerajaan mengeluarkan kenyataan ini kerana untuk memberi penjelasan kepada orang ramai berkenaan kekhilafan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN yang akan dipanggil tahun hadapan.
Pelaksanaan PLKN 3.0 untuk Kelahiran 2007
Pengenalan PLKN
Program PLKN adalah merupakan satu program kenegaraan yang diadakan pada setiap tahun di mana terdapat kira-kira 24% daripada remaja Malaysia yang berumur 18 tahun akan dipilih untuk menyertai kursus selama tiga bulan di pusat PLKN di seluruh negeri dalam Malaysia.
Menurut jabatan kabinet pada 30 Oktober tahun 2002 telah tertubuhnya jawatankuasa kabinet mengenai kerahan tenaga dalam mengkaji kepentingan pelaksanaan bentuk kerahan tenaga. Istilah kerahan tenaga telah ditukar kepada khidmat negara pada 12 November 2002 yang di mana telah tertubuhnya 4 jawatankuasa kecil yang meliputi kewangan kokurikulum undang-undang serta logistik dalam menjayakan program ini.
Kerajaan Malaysia menyokong sepenuhnya pelaksanaan awal PLKN yang telah diusul di dalam Dewan rakyat dan telah diluluskan di bawah rang undang-undang latihan khidmat negara pada 25 Jun tahun 2003. Program PLKN ini telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Februari 2004 dengan penyertaan sebanyak 26 ribu remaja seluruh negara.
Objektif PLKN Untuk Remaja Negara
Melalui penubuhan PLKN ini terdapatnya matlamat yang harus dicapai iaitu untuk meningkatkan semangat cintakan negara. Peserta akan dipupuk dengan semangat nasionalisme dan dalam masa yang sama para peserta akan diterapkan diri dengan nilai-nilai murni. Selain itu, matlamat adalah untuk meningkatkan semangat kesukarelaan serta melahirkan generasi remaja yang cergas cerdas dan mempunyai keyakinan tinggi.
Modul Lengkap Latihan PLKN
Dalam PLKN para peserta akan didedahkan dengan 4 modul utama iaitu berkenaan fizikal , kenegaraan, pembinaan karakter serta khidmat komuniti.
Berikut adalah penerangan mengenai modul yang diperkenalkan oleh PLKN:
Modul Fizikal
Peserta akan di uji kemahiran serta ketahanan mental, emosi, semangat dan fizikal dalam memupuk menjadi warganegara Malaysia yang kental. Dalam masa yang sama, modul ini dapat mengeratkan perpaduan di dalam kalangan peserta serta tingkatkan ketabahan mental, gaya kepimpinan, semangat bekerjasama dan lain-lain lagi.
Melalui modul ini juga diperkenalkan pengalaman survivor seperti membuat kraf hutan, cara membaca peta, belajar seni mempertahankan diri serta mempunyai kemampuan menempuhi halangan. Modul ini dilaksanakan selama empat minggu di tapak perkhemahan.
Modul Kenegaraan
Setiap peserta akan diketengahkan dalam pengetahuan kenegaraan yang bertujuan untuk meningkatkan rasa cinta dan berkorban untuk negara. Di dalam modul merangkumi empat elemen penting iaitu tanah air, rakyat, kerajaan serta cabaran yang perlu ditempuhi dalam dan luar negara.
Modul Pembinaan Karakter
Peserta akan dididik dengan ciri-ciri karakter yang berkesan dalam diri, keluarga, komuniti serta negara. Modul ini adalah sangat penting dalam membantu peserta untuk mengenali kekuatan serta kelemahan diri dalam kehidupan.
Modul Khidmat Komuniti
Peserta akan didedahkan dengan 5 komponen utama iaitu melibatkan kemudahan awam, alam sekitar, kejiranan, khidmat sosial serta penempatan di jabatan. Akan ada banyak aktiviti kemasyarakatan yang boleh peserta terlibat dengan masyarakat setempat seperti menyertai kegiatan gotong-royong dan membaiki fasiliti kemudahan awam.
Melalui pengenalan modul ini, pelaksanaan PLKN bagi tahun 2024 adalah sangat dialu-alukan kerana ia dapat memberi kebaikan serta nilai-nilai positif di dalam kalangan remaja Malaysia. Jadi PLKN untuk kelahiran 2007 adalah amat patut diadakan semula dan diharapkan ia mendapat sambutan menyeluruh.