MARA PRIHATIN PEACE OF MIND 2.0
Join WhatsApp Group Info SGO
MARA akan meneruskan program MARA Prihatin yang akan memberi manfaat seperti berikut :
- Peminjam boleh memohon penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau;
- Memohon moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021.
- Usahawan MARA yang terjejas akibat pandemic Covid-19, PKP dan bencana banjir juga boleh memohon penjadualan semula pembiayaan perniagaan MARA.
- Bagi penyewa premis perniagaan MARA, potongan diskaun sebanyak 30 peratus akan diberikan untuk tempoh 6 bulan bermula November 2020 sehingga April 2021.
PENGUMUMAN SELAIN PAKEJ PERMAI 2021
Kerajaan turut mengumumkan potongan cukai khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurangnya 30 peratus bermula pada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021 untuk mengurangkan bebanan PKS.
Setelah meneliti keadaan ekonomi semasa, kerajaan memutuskan untuk memperluaskan lagi potongan khas ini kepada pengurungan sewaan kepada syarikat bukan PKS. Tempoh potongan ini juga akan dilanjutkan sehinga 30 Jun 2021.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad turut mengecuaikan levi majikan bagi syarikat yang tidak dapat beroperasi semasa tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan.