Jawatan Kosong MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ini merupakan jawatan terkini yang dibuka pada 25 Oktober 2021 sehingga tarikh tutup pada 12 November 2021. MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Maklumat Jawatan Kosong MARDI
Isi Kandungan
- Jawatan: Pegawai Tadbir Gred N41
- Klasifikasi: Pengurusan Dan Profesional
- Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak (Contract of Service)
- Gaji Minimum: RM2,080.00
- Gaji Maksimum: RM9,546.00
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau - Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43). - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan kepada Calon
Mempunyai kelayakan syarat lantikan seperti di atas dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang berikut:
- Pengurusan dan Pentadbiran;
- Kewangan/Perakaunan;
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
- Pengajian Islam;
- Psikologi/Kaunseling;
- Perundangan;
- Komunikasi;
- Seni Reka; atau
- Pengurusan Perpustakaan/Penerbitan
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: Iklan Jawatan Kosong MARDI
Cara Permohonan Jawatan Kosong MARDI
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan
Jawatan MARDI (e-jawatan) sepenuhnya dengan melayari http://ejawatan.mardi.gov.my/
(Tidak perlu mengemukakan resume atau permohonan secara manual)
a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan)
b. Memohon jawatan yang berkaitan - Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang
diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar
swafoto/selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan
diproses. - Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi
dan alamat emel) yang terkini. - Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak
akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan
dipanggil untuk ditemuduga. - Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk
temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6)
bulan dari tarikh tutup iklan maka permohonan jawatan ini adalah tidak berjaya. - Hanya calon yang telah lengkap divaksinasi sahaja yang akan dipertimbangkan untuk
dilantik ke jawatan ini.
Maklumat Lanjut Jawatan Kosong MARDI
Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong MARDI boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Jawatan Kosong Kerani Gred N19 UITM
- 14 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
- Semakan Keputusan Temu Duga Fasa 1 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021
- Jawatan Kosong Kerani Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
- Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
- Temu Duga Terbuka Pengawal Keselamatan KP11 Konstabel Polis Bantuan UITM
- RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart
- Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021
- Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum
- Bajet 2022: RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia
- Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate KFC Bagi Individu Lengkap Vaksin
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat individu yang berminat untuk menyertai organisasi MARDI dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan khidmat tugas yang dipertanggungjawabkan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.