Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI

JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI
JPS

JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI. Makluman terbaru! Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), baru sahaja mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara.

Makluman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana dirasakan kemungkinan besar banjir kilat akan melanda dalam kadar segera. Kerana kita masih di dalam situasi menghadapi monsun timur laut yang mana boleh mengakibatkan hujan lebat dan timbulnya banjir kilat di mana-mana tempat.

Sehubungan itu, diminta orang ramai untuk menyebarkan serta cakna akan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak JPS. Sebarang kemungkinan melodi siap siaga kan dengan kadar segera agar dapat mengelakkan daripada timbulnya pelbagai musibah yang mana kita tidak semua ingini.

Sertai telegram informasi terkini dan pengumuman rasmi daripada kerajaan, orang ramai boleh sertai telegram yang Kami sediakan di bawah:

JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI

Rujuk Senarai Negeri Dan Daerah Yang JPS Keluarkan Notis

Adalah dimaklumkan pihak JPS telah memaklumkan kepada orang ramai agar membuat persiapan yang siap siaga dalam menghadapi bencana banjir kilat yang boleh melanda bila-bila masa. Telah di senaraikan senarai negeri dan daerah yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak JPS, minta orang ramai untuk sebarkan dan cakna akan senarai yang dikeluarkan di bawah:

  • Johor

kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya).Bagi daerah Muar, (Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan serta kawasan sekitarnya).

  • Melaka

Daerah berisiko banjir kilat ialah di Melaka Tengah (Mukim Umbai, Mukim Telok Mas, Mukim Padang Temu, Mukim Alai, Mukim Ujong Pasir, Mukim Bukit Lintang, Mukim Padang Semabok, Mukim Duyong, Mukim Bukit Piatu, Mukim Bukit Katil, Mukim Bukit Rambai, Mukim Tangga Batu, Mukim Sungai Udang serta kawasan sekitarnya), sementara di daerah Jasin (Mukim Ayer Panas, Mukim Nyalas serta kawasan sekitarnya).

  • Pahang

Negeri pahang membabitkan tiga daerah iaitu Temerloh (Mukim Perak, Mukim Jenderak, Mukim Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang serta kawasan sekitarnya dan daerah Bera (Bandar Triang, Mukim Triang, Mukim Bera serta kawasan sekitarnya) manakala daerah Maran (Mukim Kertau dan Mukim Chenor serta kawasan sekitarnya).

  • Selangor

Menuru JPS, kawasan berisiko ialah daerah Klang (Pekan Pandamaran, Bandar Klang, Mukim Kapar serta kawasan sekitarnya), daerah Petaling (Bandar Shah Alam, Pekan Batu Tiga, Mukim Damansara, Mukim Bukit Raja serta kawasan sekitarnya) serta daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).

  • Negeri Sembilan

membabitkan daerah Jelebu (Mukim Kenaboi, Mukim Ulu Klawang, Mukim Pertang serta kawasan sekitarnya), daerah Jempol (Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Pekan Batu Kikir serta kawasan sekitarnya) serta daerah Tampin (Mukim Gemas, Mukim Gemencheh serta kawasan sekitarnya).

  • Sarawak

Bagi Negeri Sarawak ia meliputi Bahagian Kuching (Bandar Kuching serta kawasan sekitarnya) dan Bahagian Samarahan (Kg Mang, Kg Tanjung Bundong, Kg Empila, Kg Tanjung Parang, Kg Bangka Semong, Kg Nuip serta kawasan sekitarnya).

Menurut kenyataan JPS, jelas notis dikeluarkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan. -Bernama

Monsun Timur Laut Landa Malaysia

download 5Apakah Itu Monsun Timur Laut?

Monsun timur laut adalah jenis monsun yang terjadi di wilayah timur laut Asia, termasuk Jepun, Korea, dan timur laut China. Monsun ini dihasilkan oleh perbezaan suhu udara antara wilayah laut dan darat yang cukup besar, yang menyebabkan terjadinya angin monsun yang kuat dari arah timur laut. Monsun ini bertanggung jawab bagi hujan yang cukup besar di wilayah tersebut selama musim panas dan awal musim gugur.

Lakukan Persiapan Banjir Segera!

Orang ramai boleh membuat persiapan untuk menghadapi banjir kilat yang boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja mengikut senarai enam negeri yang JPS ketengahkan.

  1.  Ketahui kawasan yang terdedah kepada banjir di persekitaran sekitar dan elakkan membina rumah atau tempat kerja di kawasan tersebut.
  2.  Buat pelan pemindahan dan laluan pemindahan yang jelas, dan sediakan peralatan pemindahan seperti bot atau bot.
  3.  Simpan barang penting tinggi dan selamat, seperti dokumen penting, wang tunai dan ubat-ubatan.
  4.  Pastikan alat pemadam api dan sistem saliran berfungsi dengan baik.
  5.  Simpan simpanan air dan makanan untuk kegunaan semasa bencana.
  6.  Wujudkan perhubungan dengan pihak berkuasa dan organisasi alam sekitar tempatan untuk mendapatkan maklumat dan bantuan.
  7.  Maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk membuat persediaan juga.
  8.  Menjalankan penyelenggaraan rutin infrastruktur dan peralatan yang berkaitan dengan air seperti saluran air, empangan dll.
  9.  Lakukan pemantauan cuaca secara berkala dan ikuti amaran daripada pihak berkuasa.

Orang ramai perlu mengikuti saranan dalam persediaan banjir untuk membuat kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir kilat. JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI adalah perlu rakyat Malaysia awasi dan berwaspada,ini adalah kerana kita perlu menjaga diri serta keluarga dalam menghadapi musibah.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati