Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Ubah Transfer Limit Maybank2u dan Limit Pengeluaran Wang Kad Debit Maybank

Cara Ubah Transfer Limit Maybank2u dan Limit Pengeluaran Wang Kad Debit Maybank
Cara Ubah Transfer Limit Maybank2u dan Limit Pengeluaran Wang Kad Debit Maybank 7

Untuk melindungi hak pengguna, Maybank telah melakukan inisiatif sebagai langkah keselamatan yang berkesan dalam ubah transfer limit Maybank2u. Secara umumnya sudah mengenali apakah itu aplikasi Maybank2u yang sudah sekian lama bertapak dalam sistem perbankan rakyat Malaysia.

Namun, masih ramai yang tidak tahu menahu bagaimanakah kaedah sebenar untuk ubah limit pengeluaran bank. Berikut dibawah kami kongsikan cara ubah transfer limit Maybank2u.

Panduan Ubah Transfer Limit Maybank2u Dengan Mudah

Limit Transaksi Maybank2u

ubah transfer limit maybank2u
Panduan Ubah Transfer Limit Maybank2u

Pihak Maybank telah mengambil beberpa langkah keselamatan lalai untuk memastikan penggunana bagi pelanggan baharu dan lama selamat. Had limit telah diperkenalkan dalam transaksi pemindahan wang melalui Maybank2u. Berikut adalah penetapan lalai bagi had limit pengeluaran pindahan wang yang terlibat:

Jenis Pindahan WangHad Limit Pengeluaran
Pindahan wang ke akaun pihak ketigaRM3,000
Pindahan wang diantara Bank GIRORM3,000
Pindahan wang antara bank segera (Instant Transfer)RM3,000
Pindahan Telegrafik AsingRM10,000
Pindahan DuitNowRM3,000
Had pengeluaran ini adalah merupakan penetapan asal bagi semua akaun Maybank2u. Had pengeluaran ini adalah untuk pengeluaran dalam satu hari.

Sekiranya anda berkehendak untuk melakukan pindahan wang melebihi daripada had limit pengeluaran asal, anda boleh ubah limit pengeluaran wang dengan beberapa cara.

Cara Ubah Transfer Limit Maybank2u

Bagi setiap penukaran adalah ianya tertakluk kepada ubahan pada setingan akaun sah Maybank2u milik anda. Anda boleh mengakses Maybank2u dimana-mana sahaja asalkan anda masih menerima capaian internet. Berikut adalah dikongsikan kepada anda panduan ubah limit pengeluaran wang akaun Maybank:

  • Anda perlu melayari laman web rasmi Maybank2u yang sahaja disini.
  • Paparan log masuk akaun Maybank akan muncul dan anda boleh terus log masuk ke akaun anda.
  • Sila rujuk pada bahagian menu pada atas,anda klik sahaja pada setting.
  • Anda akan dipaparkan beberapa bahagian dan klik pada bahagian pay & transfer.
  • Kemudiannya anda klik pula transfer limit.
  • Terdapat ikon berbentuk pensel yang anda boleh ubah transfer limit Maybank2u
  • Tekan save changes untuk had limit yang anda mahu
  • Kemudian klik butang mohon nombor TAC melalui sms
  • Kemudian masukkan nombor TAC tersebut dan jangan berikan kepada sesiapa atas faktor keselamatan.
  • Klik butang confirm dan ubah transfer limit Maybank2u adalah selesai.

Untuk cara dan rujukan yang lebih lengkap, anda boleh merujuk panduan rasmi daripada Maybank sendiri:

Panduan Ubah Limit Pengeluaran Wang Kad Debit Maybank

Kenapa Saya Tidak Boleh Keluarkan Lebih RM1,000 Dari ATM?

Mesti ramai yang menghadapi masalah yang sama bukan? Tertanya-tanya mengapa anda tidak dapat mengeluarkan duit tunai dari ATM menggunakan akd debit. Sebenarnya, bukan anda tidak boleh, namun ianya telah ditetapkan dengan penetapan asal yang hanya membolehkan anda mengeluarkan wang tidak lebih dari RM1,000.

Bagi setting asal akaun maybank terdapat limit yang dihadkan. Berikut adalah jenis limit yang telah ditetapkan secara asal oleh Maybank bagi pengguna kad debit:

  • Pengeluaran dari ATM – RM1,000 sehari
  • Penggunaan Visa Debit kad – RM1,000 sehari
  • Transfer wang (3rd Party Transfer) – RM3,000

Bagi beberapa pengguna semestinya ada yang mengeluh panjang kerana tidak dapat mengeluarkan wang melebihi RM1,000 melalui kad debit. Namun, anda boleh dengan mudah tukar limit debit kad melalui cara yang kami sediakan.

Cara tukar Limit Debit Kad Maybank Anda

Perkongsian untuk anda yang ingin membuat tukaran limit debit kad Maybank. Terdapat langkah-langkah yang mudah untuk anda. Setiap tukaran ini adalah perlu melalui prosedur yang ditetapkan. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

Langkah 1: Layari Laman Web Maybank2u

ubah transfer limit maybank2u

Langkah 2: Sila log masuk dan terus pergi ke paparan menu diatas dan klik ” Settings “

tukar limit kad debit maybank

Langkah 3: Anda perlu klik pada ‘ Personal’ dan pilih ‘Cards’. Kemudian anda akan dipaparkan mengani ‘ Manage Debit Cards”.

tukar limit kad debit maybank 1

Langkah 4: Ubah limit kad debit anda pada simbol pensel dibawah. Kemudian anda boleh memilih berapakah jumlah limit baharu yang anda ingin tetapkan. Selepas selesai set limit, tekan save.

tukar limit kad debit maybank 2

Langkah 5: Seterusnya, anda perlu request nombor TAC telefon sah anda. Nombor akan dihantar kepada anda. Sila masukkan no TAC tersbeut dan penukaran limit kad debit anda berjaya.

Sebagai pengguna Maybank yang terhormat, anda perlulah menggunakan akaun Maybank2u sebaik mungkin. Untuk setiap tukaran yang dilakukan perkara yang anda perlu cakna adalah nombor TAC. Nombor TAC adalah sangat penting dan suatu yang rahsia. Oleh itu, pesanan khidmat masyarakat adalah anda perlu berhati-hati dalam memberikan nombor TAC anda. Berwaspadalah semasa menggunakan khidmat secara atas talian. Bagi sebarang keralatan atau masalah dihadapi anda perlu merujuk kepada pihak Maybank secara terus melalui online atau panggilan khidmat pelanggan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati