
Kebenaran Operasi Sektor Pembuatan, Pembinaan, Perlombongan dan Perkuarian Bermula 16 Ogos 2021. Kerajaan bersetuju membenarkan semua aktiviti tidak perlu (non-essential) dalam sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian kembali beroperasi bermula 16 Ogos 2021 di negeri Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 PPN. Namun demikian, kapasiti pengoperasian adalah bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja seperti jadual berikut:

Kadar Vaksinasi Lengkap Pekerja | Kapasiti Pengoperasian |
80% – 100% | 100% |
60%-79% | 80% |
40%-59% | 60% |
KETAHUI JUGA:
- Kebenaran Mengunjungi Taman Rekreasi Awam Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021
- Kebenaran Operasi 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021
Kerajaan memahami bahawa keputusan ini akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang bimbang akan risiko penularan. Sekali lagi kerajaan menjelaskan bahawa setiap ketetapan dibuat adalah dilakukan dengan berhati-hati. Setelah lebih setahun negara berada dalam situasi pandemik, banyak majikan mula mengurangkan tenaga kerja sekali gus menyebabkan ramai hilang pekerjaan, justeru dalam situasi sukar ini, kerajaan tidak boleh membiarkan keadaan sebegini berlarutan.
Kepada majikan, kerajaan amat berharap kemudahan yang diumumkan hari ini dapat
merancakkan semula perusahaan masing-masing. Selain itu, kerajaan ingin mengingatkan semua majikan supaya mematuhi dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum memulakan semula operasi bagi memastikan keselamatan pekerja dan tempat kerja terjamin. Pada masa yang sama, manfaatkanlah sepenuhnya inisiatif subsidi upah yang disediakan Kerajaan bagi memastikan setiap pekerja memperolehi bayaran gaji mereka.
Kepada para pekerja pula, laporkan segera kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di
[email protected] atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) di aduan.sop@[email protected] atau Kementerian Sumber Manusia melalui aplikasi Working For Workers (WFW) sekiranya majikan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
Kuasa di tangan anda sebagai pekerja kerana majikan yang tidak mematuhi SOP dan
melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangit 1988 (Akta 342) boleh
dikompaun dan dihadapkan ke mahkamah. Di bawah Akta ini juga, KKM mempunyai kuasa penuh untuk memberi notis perintah tutup premis.
Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau difahamkan bahawa sepanjang tempoh 26 Julai sehingga 10 Ogos, terdapat lebih daripada 900 premis telah diarahkan tutup akibat kegagalan mematuhi SOP. Ini adalah bukti kerajaan amat tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan. Ucapan terima kasih dizahirkan oleh beliau kepada rakyat dan pekerja yang membuat aduan sekali gus memudahkan pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.

Maklumat Lanjut Kebenaran Operasi
Sebarang maklumat lanjut berkenaan kebenaran operasi sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan perkuarian bermula 16 Ogos 2021 dalam fasa PPN ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
- Kebenaran Mengunjungi Taman Rekreasi Awam Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021
- Kebenaran Operasi 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021
- Dapatkan Vaksin Ibu Mengandung di Klinik Kesihatan tanpa Temu Janji MySejahtera
- Kemudahan-kemudahan Bagi Individu yang Telah Divaksin Lengkap
- Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos
- Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari
- Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA RM5,000 One Off
- Bantuan Khas RM150 Guru Tadika bagi PKP 3.0
- Bantuan Khas Kepada Pengusaha Taska (Pakej PEMULIH)
- Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka
- Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan
Semoga perkongsian Kebenaran Operasi Sektor Pembuatan, Pembinaan, Perlombongan dan Perkuarian Bermula 16 Ogos 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Para majikan dan pekerja juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan ketika berkhidmat di sektor-sektor terlibat yang dibenarkan beroperasi ini.