Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kemudahan-kemudahan Bagi Individu yang Telah Divaksin Lengkap

Kemudahan-kemudahan Bagi Individu yang Telah Divaksin Lengkap
Individu yang Telah Divaksin Lengkap

Kemudahan-kemudahan Bagi Individu yang Telah Divaksin Lengkap. Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin telahpun membuat pengumuman khas berkenaan kemudahan-kemudahan ini pada 8 Ogos 2021 hari ini. Untuk makluman semua, kemudahan-kemudahan yang diberikan ini akan berkuat kuasa bermula 10 Ogos 2021 (Selasa).

Kerajaan bersedia memberikan kemudahan kepada individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap ini dengan mengambil kira maklum balas daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keputusan ini dibuat dengan sangat berhati-hati dan ia adalah selaras dengan data yang dikumpul di dalam negara tentang keberkesanan vaksinasi lengkap serta prinsip sains dan kesihatan awam yang diguna pakai di seluruh dunia.

Kemudahan-kemudahan Bagi Individu yang Telah Divaksin Lengkap

Kriteria-kriteria Individu yang Telah Divaksin Lengkap

Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Senarai Kemudahan Bagi Individu yang Telah Divaksin Lengkap

  • Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan KUARANTIN dan PERJALANAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.
  • Kerajaan bersetuju supaya aktiviti SOLAT sahaja DIBENARKAN di masjid dan surau bagi Jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap. Kemudahan ini juga terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara.
  • Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri RUMAH-RUMAH IBADAT.
  • Kerajaan juga bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan bagi SEKTOR SOSIAL kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya. Antaranya, RENTAS DAERAH DIBENARKAN.
  • Aktiviti ‘DINE-IN’ DIBENARKAN
No photo description available.
  • AKTIVITI SUKAN DAN RIADAH tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) DIBENARKAN
May be an image of text
  • Aktiviti PELACONGAN dalam negeri yang sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.
May be an image of text that says "KEMUDAHAN PELANCONGAN BAGI INDIVIDU YANG TELAH DIVAKSIN LENGKAP Fasa 2 dan seterusnya Berkuatkuasa 10 Ogos 2021 Aktiviti pelancongan dalam yang sama DIBENARKAN melibatkan Homestay dan Hotel INDIVIDU VAKSIN LENGKAP 2 Dos Suntikan -Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua Pengusaha dan pengunjung mesti divaksin lengkap Dos Suntikan -Johnson Johnson dan Cansino selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan Pengusaha perlu memastikan pengunjung yang ingin memasuki premis mempunyai bukti vaksin lengkap. Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari www.MKN.gov.my"

Status Negeri-negeri di Bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Setakat 8 Ogos 2021

May be an image of text that says "STATUS NEGERI-NEGERI DIBAWAH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) C Sehingga 8 Ogos 2021 Fasa 1 Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Kedah WP. Kuala Lumpur WP. Putrajaya Fasa 3 Sarawak Perlis WP. Labuan Fasa 2 Perak Kelantan Terengganu Pahang Pulau Pinang Sabah"

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Kemudahan-kemudahan Bagi Individu yang Telah Divaksin Lengkap ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati