Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari

image 357
Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari

Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari. Bantuan Khas COVID-19 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini merupakan bantuan yang ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji disebabkan Perintah Kuarantin COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

LIHAT JUGA: Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam

Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari

Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana:

  1. menerima Perintah Kuarantin COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), atau
  2. menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note/Medical Certificate)

Pemohon yang Tidak Layak Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari

  • RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
  • Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Kaedah Permohonan

Segala borang yang diperlukan boleh dimuat turun pada bahagian bawah artikel ini.

  1. Baca garis panduan dengan teliti.
  2. Sertakan dokumen wajib berikut:
    – Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    – Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19.
    – Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut:
    – Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
    – Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
    – Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.
  4. Hantar permohonan lengkap kepada;
    i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab); atau
     
    ii. Email ke [email protected]

    atau

    iii. Pos kepada;
     
    Ketua Pengarah

    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA
    (u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

    Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Penafian

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Dapatkan “Borang Permohonan” di sini


Di sini admin nak kongsikan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi Portal NADMA – Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Bantuan Khas COVID-19 NADMA RM100 Sehari ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat golongan yang kehilangan atau terjejas pendapatan seperti yang dinyatakan di atas. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati