Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan Effective 2021

image 348
Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan

Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan selama 3 bulan. Pada bulan Mac 2021, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA untuk membantu rakyat yang paling terjejas disebabkan wabak COVID-19. PEMERKASA – atau Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi – merangkumi pelbagai peruntukan untuk golongan miskin tegar dan miskin bandar di bawah inisiatif Bantuan Rentan Bandar.

Salah satu usaha tersebut adalah inisiatif PRIHATIN Kasih yang menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara. Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan

Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih

  • Membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka.
  • Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon.
  • Talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.
  • Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.
  • Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.

Inisiatif ini dilaksanakan tepat pada masanya dan sangat diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tarikh Pelaksanaan Prihatin Kasih 

image 349
Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan

Golongan Penerima Prihatin Kasih

Penerima berkelayakan akan menerima pesanan ringkas dari MyKasih untuk pengesahan status sebagai penerima manfaat program berserta tarikh dan masa bagi sesi taklimat orientasi kedai runcit berdekatan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pemilihan keluarga yang menerima PRIHATIN Kasih adalah berdasarkan keluarga miskin bandar, dengan mengambil kira pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih.

Cara Semakan Status Penerima

Anda semua boleh lakukan semakan penerima bantuan Prihatin Kasih menerusi pautan yang disediakan ini:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan Prihatin Kasih ini boleh dirujuk menerusi laman web rasmi PRIHATIN Kasih – MyKasih

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40 ataupun PEMULIH: Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40 Peratus.

Semoga perkongsian Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat bantuan ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati