Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tawaran Pengurangan 70% Saman JPJ Sempena Bulan Kemerdekaan Effective 2021

Tawaran Pengurangan 70% Saman JPJ Sempena Bulan Kemerdekaan 2021
Tawaran Pengurangan

Tawaran Pengurangan 70% Saman JPJ Sempena Bulan Kemerdekaan 2021. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 70% ini bermula 18 Ogos 2021 sehingga 16 Semptember 2021.

Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun bertemakan “Malaysia Prihatin” bagi tahun 2021, JPJ bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70% ini kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun. Walau bagaimanpun, pengurangan pembayaran saman ini adalah terkecuali bagi kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Tawaran Pengurangan 70% Saman JPJ Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Biasiswa/Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

Pengurangan kompaun yang bermula pada 18 Ogos ini akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist). Pengurangan ke atas notis tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Selain itu, tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan, iaitu sehingga 16 September 2021. Sesungguhnya tawaran pengurangan notis saman ini dibuat oleh JPJ semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ini ekoran pandemik COVID-19.

Cara Pembayaran Saman JPJ

Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat menerusi beberapa kaedah seperti berikut:

  1. Semua Pejabat JPJ Negeri
  2. Cawangan dan UTC
  3. Kiosk JPJ
  4. Portal mySIKAP JPJ KLIK DI SINI

Cara Semakan Saman JPJ

Anda juga boleh membuat semakan bagi saman JPJ secara dalam talian sahaja seperti langkah-langkah di bawah ini:

  1.  Anda perlu mengklik pautan rasmi Semakan Saman JPJ & AES ini.
  2. Kemudian pada kotak ‘Pilihan Carian‘, anda boleh memilih sama ada NO. ID SAHAJA ataupun NO. ID DAN NO. KENDERAAN. NO. ID tersebut merujuk kepada nombor kad pengenalan diri masing-masing. (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pengurangan 70% pembayaran saman JPJ sempena bulan kemerdekaan bagi tahun 2021 ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Tawaran Pengurangan 70% Saman JPJ Sempena Bulan Kemerdekaan 2021 ini bermanfaat kepada anda semua. Anda digalakkan untuk berkongsi hebahan ini dengan sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati