Bantuan Kerajaan: Bantuan Sebanyak RM 60,000 Untuk Bina Rumah Sendiri l Ikuti Cara-Cara Dan Semak Kelayakan Anda. Untuk pemberitahuan kepada semua, untuk tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan dari kerajaan,kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan.
Pihak Kerajaan pusat atau negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dan bantuan pada zaman yang penuh mencabar ini.
Tujuan utama inisiatif ini diwujudkan adalah untuk menyokong usaha rakyat yang berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri. Oleh kerana terdapat kekangan ekonomi, Kerajaan hadir untuk menghulur bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
Melalui inisiatif bantuan ini, ia dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah atau B40 bagi mengatasi masalah melibatkan kewangan dalam memerlukan sokongan dari segi mendapatkan pinjaman bagi biaya rumah.
Bantuan Kerajaan: Bantuan Sebanyak RM 60,000 Untuk Bina Rumah Sendiri l Ikuti Cara-Cara Dan Semak Kelayakan Anda
Apakah Syarat Kelayakan Bagi Mendapatkan Bantuan RM60,000 Untuk Bina Rumah Sendiri?
- Berumur 21 tahun sehingga 71 tahun
- Bukan pesara kerajaan atau kakitan kerajaan
- Pemohon harus Warganegara Malaysia
- Bekerja dan mempunyai pendadpatan sendiri
- Belum memiliki rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM 1,000 sehingga RM 3,000 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau hak ahli keluarga sendiri
Apakah Syarat Pinjaman Bagi Pembiayaan Bantuan Bina Rumah?
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah antara 35 tahun sehingga 70 tahun
- Had maksimum pinjaman ialah RM 60,000 tidak termasuk dengan perlindungan insurans
- Perlu mengambil Perlindungan Insurans daripada Panel Insuran
- Caj perkhidmatan sebanyak 2% atass pinjaman
Syarat pinjaman Kedua
- Mempunyai pendapatan minimum RM 1,000
- Bukan daripada pekerjaan kerajaan
- Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
- Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45-70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25-35 tahun
- Generasi kedua merupakan anak kandungan kepada pemohon
Apakah Syarat Bagi Cagaran Tanah?
- Â Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah.
- Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun sahaja.
Apakah Syarat Pembinaan Rumah?
- Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja
- Rumah kos rendah yang berkeluasan lantai 700-1000 kaki persegi yang dilenkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.
- Kontraktor perlulah mengikut kawasan ADUN
- Mendapat kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya diperlukan
- Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran syarikat
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000
Cara Permohonan Bantuan Inisiatif Sebanyak RM60,000 Untuk Bina Rumah Sendiri
Untuk Maklumat Lanjut..
- Tel : 03-8000-8000
- Faks : 03-8891-4269
- Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara