Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Dapatkan Vaksin Ibu Mengandung di Klinik Kesihatan tanpa Temu Janji MySejahtera 2021

Dapatkan Vaksin Ibu Mengandung di Klinik Kesihatan tanpa Temu Janji MySejahtera

Dapatkan Vaksin Ibu Mengandung di Klinik Kesihatan tanpa Temu Janji MySejahtera dengan segera. Kini, wanita hamil boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui Klinik Kesihatan Ibu dan Anak tanpa perlu berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera seperti sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, berkata arahan serta garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung, termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu. Sehubungan itu, golongan terbabit setakat ini tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

image 349

Berikut merupakan petikan ucapan beliau:

“Panggilan vaksin bagi ibu mengandung adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak. Mereka boleh mendapatkan temu janji suntikan melalui premis kesihatan ini dan akan dirujuk ke PPV untuk menerima vaksinasi.

“Mereka tidak perlu melalui temu janji di aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding ‘walk-in’,”

Cara Dapatkan Vaksin Ibu Mengandung
di Klinik Kesihatan

Ibu mengandung yang ingin mendapatkan vaksin tanpa menunggu temu janji pada aplikasi MySejahtera boleh lakukannya dengan langkah seperti berikut:

  1. Hadir ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang berhampiran.
  2. Membuat pertanyaan di kaunter berkenaan vaksin untuk ibu mengandung.
  3. Sekiranya Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di kawasan anda ada menyediakan perkhidmatan vaksin untuk ibu mengandung, anda boleh terus dapatkan vaksin tersebut ataupun membuat janji temu terlebih dahulu di klinik untuk dirujuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), tertakluk kepada klinik.

Untuk makluman semua, ketersediaan vaksin buat ibu mengandung adalah bergantung kepada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di kawasan masing-masing. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi pihak klinik terlebih dahulu bagi mengesahkan ketersediaan vaksin tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan ibu mengandung boleh mendapatkan vaksin di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak tanpa perlu menunggu temu janji pada aplikasi MySejahtera ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Dapatkan Vaksin Ibu Mengandung di Klinik Kesihatan tanpa Temu Janji MySejahtera ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat para wanita hamil yang ingin mendapatkan vaksin. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati