Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kebenaran Operasi 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021

Kebenaran Operasi 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021

Kebenaran Operasi 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021 bagi sektor perdagangan dan pengedaran telahpun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri pada hari ini. Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa mempertimbangkan kemudahan-kemudahan lain dengan memberi penekanan terhadap tiga aspek utama, iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat; ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan; serta kesejahteraan rakyat.

Penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang diumumkan ini akan terpakai ke atas semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan syarat kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50%, dan individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

KETAHUI JUGA: Kebenaran Mengunjungi Taman Rekreasi Awam Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021

Kemudahan Sektor Perdagangan dan Pengedaran
Operasi
Fasa 1 PPN

technology 4256272 640 4

Setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta setelah berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan, kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuat kuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1, iaitu:

  1. Kedai cuci kereta.
  2. Kedai elektrik dan elektronik.
  3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur.
  4. Kedai perabot.
  5. Kedai peralatan sukan.
  6. Kedai aksesori kereta.
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta.
  8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja.
  9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori.
  10. Kedai barang kemas.
  11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan.
    (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
master 5022332 640 2

Kemudahan Sektor Perdagangan dan Pengedaran
Fasa 2 PPN

Kerajaan juga bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran untuk kembali beroperasi di dalam Fasa 2 berkuatkuasa pada 16 Ogos 2021. Kesemua 11 aktiviti ekonomi ini merupakan tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1. Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi.
  2. Kedai barangan terpakai.
  3. Kedai bunga dan nurseri.
  4. Kedai kraftangan dan cenderahati.
  5. Kedai antik.
  6. Kedai alat permainan.
  7. Kedai permaidani.
  8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif.
  9. Kedai peralatan outdoor. (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain)
  10. Kedai kosmetik, penjagaan kulit, dan minyak wangi.
  11. Kedai tembakau. (termasuk vape dan rokok elektronik)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kemudahan kebenaran operasi bagi 11 jenis aktiviti ekonomi berkuat kuasa 16 Ogos 2021 dalam fasa PPN ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Kebenaran Operasi 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda semua juga dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan fasa PPN yang terkini ketika berurusan di premis-premis yang telah dibenarkan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati