Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos.

 

Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos

Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah berbincang dengan POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia. Sehubungan itu, pejabat POS Malaysia dijangka akan memulakan urusniaga JPJ melebihi 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos 2021.

Jabatan Pengangkutan Jalan ingin mengingatkan orang ramai agar memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021. Sementara itu, pemilik kenderaan yang memiliki LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note) sekiranya diminta oleh pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan semua, tempoh moratorium (pelanjutan pembaharuan) untuk LKM dan LLM tidak akan disambung lagi selepas 30 September 2021. Oleh hal yang demikian, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguatkuasa JPJ dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober 2021.

Urusniaga Dalam Talian (Portal mySIKAP)

Seperti mana yang sedia maklum sebelum ini, JPJ menyarankan orang ramai agar membuat urusniaga secara dalam talian, iaitu melalui portal mySIKAP awam yang boleh dicapai melalui pautan berikut:

Selain itu, urusniaga JPJ melaui rakan strategiknya, iaitu myEG turut disarankan. Sebarang urusniaga yang tidak dapat dilakukan secara dalam talian, orang ramai boleh melakukannya di kaunter JPJ secara temu janji (online appointment/call-in).

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua SOP Covid-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan berlakunya penularan virus ini. JPJ amat komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam dan penguatkuasaan dilakukan secara efektif dan efisien bagi menjamin kelestarian industri pengangkutan jalan di Malaysia.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan info semasa perkhidmatan urusniaga JPJ di pejabat POS Malaysia boleh dirujuk menerusi hebahan DI SINI.

No photo description available.

May be an image of text that says "Selain itu, JP juga akan memastikan bekalan/stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urusniaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua SOP Covid-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan daripada berlakunya penularan virus ini. JPJ amat komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam dan penguatkuasaan dilakukan secara efektif dan efisien bagi menjamin kelestarian industri pengangkutan jalan di Malaysia. IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA -TAMAT-"

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat urusniaga JPJ terutamanya pembaharuan lesen memandu dan roadtax kenderaan yang telah tamat tempoh.

Anda Mungkin Meminati