Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan tahun 2023

jpg 20230514 100822 0000
Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan tahun 2023. Berita baik untuk pencari kerja, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan sedang membuka peluang pekerjaan baru bagi meningkatkan operasinya.

Peluang ini terbuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat dan berminat. Berikut adalah maklumat tentang jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan dan cara memohon:

Maklumat Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Pengambilan Jawatan Di Jabatan Bomba

PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB)

Kekosongan di Balai Bomba dan Penyelamat:

  • Teluk Kemang
  • Rembau
  • Gemencheh
  • Bahau
  • Jelebu
  • Simpang Pertang
  • Seri Menanti
  • Rantau
  • Kota

Syarat Kelayakan Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan :

 Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan akademik dan fizikal boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Maklumat Temuduga Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan :

Bagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan bagi mengisi kekosongan ini boleh dirujuk seperti berikut:

Tarikh : 22 sehingga 24 Mei 2023
Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2

Dokumen Yang Perlu Dibawa Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Pemohon juga perlu mengisi borang permohonan jawatan dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume;
  • Kad Pengenalan (asal dan 1 salinan fotostat)Satu Keping Gambar Terkini (kemas & sopan) Berukuran Passport;
  • Sijil Daftar Kelahiran (asal dan 1 salinan fotostat);
  • Sijil Akademik (SPM/SVM/STPM/STAM/SKM/Diploma & Transkrip) – asal dan 1 salinan fotostat;
  • Sijil Berhenti sekolah. – asal dan 1 salinan fotostat;
  • Sijil – Sijil Penghargaan Pertubuhan Badan Beruniform, Persatuan dan Sukan (asal dan 1 salinan fotostat);
  • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan 1 salinan fotostat)
    • Sekiranya ibu/bapa meninggal dunia, keperluan Sijil Kematian ibu/bapa. – asal dan 1 salinan fotostat.
    • Sekiranya ibu/bapa meninggal dunia, keperluan Salinan Kad Pengenalan waris pertama dan waris kedua (Contoh:ibu/bapa dan ahli keluarga yang terdekat). – asal dan 1 salinan fotostat.

Maklumat Lanjut Temuduga terbuka pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan sila rujuk DI SINI.

Maklumat Tentang JPM

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977

Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

OBJEKTIF DAN FUNGSI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2015.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut:

  1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
  4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
  5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati