Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pakej Pemulih Bantuan Khas Kepada Pengusaha Taska 2021

image 355
Pakej Pemulih

Tujuan pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankan beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan oleh
pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pengusaha TASKA boleh mula memohon mulai 19 Julai 2021 sehingga 31 Ogos 2021 dengan mengisi Borang Permohonan.

Pakej Pemulih Kategori TASKA apakah yang layak memohon?

c8d089b9 533d 479f ac63 be83a9008605 2

Kategori TASKA yang layak memohon bantuan khas ini berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] adalah seperti berikut:

TASKA Institusi Pakej Pemulih

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

TASKA Di Tempat Kerja Pakej Pemulih

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

TASKA Komuniti Pakej Pemulih

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

TASKA Rumah Pakej Pemulih

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

Apakah kos operasi yang akan ditanggung melalui peruntukan ini?

Antara kos operasi yang perlu ditanggung oleh pihak TASKA seperti disinfeksi/nyahkuman TASKA (di luar dan dalam TASKA), peralatan penyukat suhu badan, bahan sanitasi, pelitup muka dan kos pengurusan TASKA yang lain.

Berapakah kadar bantuan kewangan khas
Pakej PEMULIH yang layak diperolehi
oleh sesebuah TASKA?

Kadar bayaran bantuan kewangan khas berjumlah:

  • RM3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; dan
  • RM800 untuk TASKA di Rumah.

Bagaimanakah cara untuk pengusaha TASKA memohon bantuan khas ini?

  1. Pengusaha TASKA boleh memuat turun Borang Permohonan dan Senarai Semak permohonan yang disediakan di bawah ini.
  2. Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC).
  3. Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat.
  4. Membuat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan seperti mana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/Bahagian/Cawangan yang terdekat.

Dapatkan “Borang Permohonan, Senarai Semak, dan Soalan Lazim Bantuan” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan Bantuan Khas Kepada Pengusaha Taska (Pakej PEMULIH) ini boleh dirujuk menerusi portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm.gov.my)

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Bantuan Khas Kepada Pengusaha Taska (Pakej PEMULIH) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat pengusaha TASKA yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan dan berkelayakan untuk membuat permohonan bantuan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati