Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Rasmi Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 RM500 Dibayar Jumaat Ini

Rasmi Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 RM500 Dibayar Jumaat Ini
Bantuan Khas Kewangan Raya 2024

{Pengumuman terkini daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim! Hari ini PM mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Rasmi Bantuan Khas Kewangan Raya 2024 RM500 Dibayar Jumaat Ini

PM Umum Bantuan BKK Kepada Penjawat Awam

image
Bantuan Khas Kewangan Raya 2024

PM umum bersamaan 21 Ramadan 1445. Perkara ini telah rasmi seperti diumumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bayaran RM250 Kepada Pesara Kerajaan

Sejumlah RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Perbendaharaan oleh PM sendiri supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, pada tadi.

CUEPACS Mohon Bantuan Raya Penjawat Awam

Berdasarkan kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat tekad dengan gesaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Beliau berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.

Insentif itu katanya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.

Pihak CUEPACS merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang kuasa membeli.

Melalui pemberian kerajaan dan dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam menerima kebaikan, bahkan untuk peniaga di bazar Aidilfitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.

Sekiranya penjawat awam tidak ada kelebihan, maka penjawat awam tidak mampu membeli mewujudkan kerancakan ekonomi jual beli sambutan raya tahun ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati