Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PEMULIH: Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40 Peratus

PEMULIH: Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40 Peratus

PEMULIH: Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40 Peratus. Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PEMULIH bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama, iaitu:

  1. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat,
  2. Menyokong Perniagaan, dan
  3. Meningkatkan Vaksinasi.

Sehubungan itu, menerusi fokus pertama PEMULIH ini, bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit.

Kategori Diskaun Bil Elektrik

  • Diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan, dan
  • 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

Tempoh Diskaun Bil Elektrik

  • Diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.
Diskaun Bil Elektrik Domestik
Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40 Peratus

Selain itu, bagi sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan, dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021. Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak 1 bilion ringgit.

Diskaun Bil Elektrik Sektor Ekonomi

Maklumat Lanjut Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40 Peratus

Sebarang maklumat lanjut berkenaan diskaun bil elektrik ini boleh dirujuk menerusi Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti di bawah ini.

Semoga perkongsian PEMULIH: Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40 Peratus ini dapat meringankan bebanan rakyat seluruh Malaysia dalam mengharungi PKP 3.0 yang masih berlangsung buat masa ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati