Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Update Terkini Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2023

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan

Update Terkini Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2023. Slip Gaji Online atau lebih dikenali dengan epenyata gaji telah digunakan penjawat awam untuk memuat turun slip penyata gaji pada setiap bulan. Perkhidmatan ini juga disediakan secara percuma kepada semua kakitangan awan oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM).

Dengan ada kemudahan ini, kakitangan awam boleh menyemak jumlah gaji yang diperolehi pada bulan semasa lebih awal daripada gaji dimasukkan ke dalam akaun. Oleh yang demikian, kita dapat membuat perancangan kewangan dengan lebih awal sebelum tarikh pembayaran gaji penjawat awam.

Hal ini juga memudahkan kakitangan awam dalam berurusan menggunakan slip penyata gaji kerana dimana sahaja, slip penyata gaji dapat dicetak dengan syarat mempunyai rangkaian internet. Tidak perlu lagi untuk ke pejabat meminta dengan kerani.

Selain itu, melalui sistem ini jugan kakitangan awam dapat melihat penyata pendapatan tahunan dan boleh mencetak sendiri. Kelebihan sistem ini juga, ianya menyimpan semua slip penyata dan slip pendapatan tahunan. Sekiranya slip yang telah dicetak telah hilang, pengguna masih boleh membuka dan mencetak semula.

Perubahan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2023

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu penerima gaji mengenai dua perkara penting yang berkaitan dengan pembayaran emolumen pada bulan April dan Mei tahun 2023.

  1. Pertama, surat pekeliling ini memberitahu tentang pindaan tarikh pembayaran emolumen untuk bulan April dan Mei 2023. Ini bermakna bahawa terdapat perubahan pada tarikh pembayaran gaji bagi bulan-bulan tersebut, dan penerima gaji perlu mengambil maklum mengenai tarikh baru tersebut.
  2. Kedua, surat pekeliling ini menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan dalam menguruskan bayaran emolumen. Ini termasuk tatacara pengurusan bayaran emolumen yang betul dan tepat, dan memastikan bahawa gaji dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Dengan adanya surat pekeliling ini, penerima gaji perlu memastikan bahawa mereka memahami tarikh baru pembayaran emolumen serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengurusan bayaran gaji. Ini dapat memastikan bahawa pembayaran gaji dapat dilakukan dengan tepat dan betul, serta mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah dalam pembayaran gaji.

Tarikh Kemaskini Pembayaran Gaji

TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN

2.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa dan pengecualian AP105.

2.2 Surat Pekeliling ini disediakan berdasarkan peraturan berikut:

  • 2.2.1 Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023; dan
  • 2.2.2 Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.NBO(S)600-8/2/9(30) – bertarikh 10 April 2023: Perubahan Tarikh Bayaran Emolumen Bulan April 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Serta BantuanKhas Kewangan Aidilfitri 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan ; dan
  • 2.2.3 Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan : MOF.BKSK(S)600-1/7/6 Jld.4(3) bertarikh 10 April 2023: Perubahan Tarikh Bayaran Emolumen Bulan Mei 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.

PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini hendaklah dibaca bersama SPANM Bil. 4 Tahun 2022 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023 yang berkuat kuasa pada 2 November 2022 dan SPANM Bil. 1 Tahun 2020 – Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa pada 12 Februari 2020.

  • 3.1 Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • 3.1.1 Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  • 3.1.2 Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.
  • 3.1.3 Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu. Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam laporan Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
    • (1) Butiran peribadi;
    • (2) Nombor akaun bank; dan
    • (3) Nombor rujukan:
      • (i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
      • (ii) Cukai Pendapatan;
      • (iii) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
  • 3.1.4 Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan.
  • 3.1.5 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

Rujukan Tarikh Perubahan Gaji

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan

Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

  • 3.2.1 Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  • 3.2.2 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.
  • 3.2.3 Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Ogos dan November 2023 akan dibayar pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.

Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

  • 3.3.1 Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
  • 3.3.2 Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

HAL-HAL LAIN

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah

Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan

No.1, Persiaran Perdana

62594, Presint 2

Putrajaya

u.p : Unit Pengurusan Prestasi

emel: [email protected]

No. Tel.: 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

TARIKH KUAT KUASA

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN

Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Peraturan surat pekeliling ini juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Penutup

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Update Terkini Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2023 dapat membantu para mereka yang membaca.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati