Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPK Sehingga RM400

penceraian dalam islam
Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400 ini adalah bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Bantuan ini disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau sebab-sebab lain yang munasabah. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kehidupan golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0.

Berdasarkan siaran media bertarikh 10 Jun 2021, MAIPk memperuntukkan sebanyak RM10,900,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Sembilan Ratus Ribu) khusus untuk membantu golongan sasaran melalui Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup ini. Segala keputusan dan pertimbangan adalah tertakluk kepada kelayakan dan peruntukan dana yang telah disediakan.

Lihat Juga: Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500)

Kategori Penerima dan Jumlah Bantuan

MAIPk mensasarkan bantuan ini kepada 3 kategori penerima seperti berikut:

Kategori Pertama (RM200 One Off)

Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga bulan Jun 2021.

Tidak perlu memohon. Bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula bulan Jun 2021.

Penerima Bantuan Kewangan adalah seperti berikut:

  • Bulanan Fakir/Miskin, Muallaf dan Anak Yatim
  • Sewa Rumah

Kategori Kedua (RM400 One Off)

Golongan bersasar yang diuruskan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan, dan persatuan/ Badan Bukan Kerajaan (NGO).

stormtrooper 2296199 640 3
Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400

Nota: Individu mestilah berdaftar dan masih aktif di bawah agensi, dan pertubuhan/ persatuan berkaitan sehingga 31 Mei 2021.

Pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.

Golongan sasaran adalah seperti berikut:

  • Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ), dan Pondok (berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak).
  • Peniaga Pasar Tani yang berdaftar di bawah agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
  • Peniaga dan Penjaja Kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM).
  • Usahawan Asnaf (berdaftar di bawah MAIPk).
  • Pemandu Teksi yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
  • Pemandu Lori / Pemandu Bas yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP).
  • Orang Kelainan Upaya (Penerima bantuan EPC di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat).
  • Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan) yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak.
  • Pengusaha dan Pekerja SPA yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan SPA Perak (SISPA).
  • Pekerja di Pusat Latihan Kemahiran yang berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC).
  • Tenaga Pengajar yang memegang Sijil Pengajar Institut Memandu yang masih aktif di Institut Memandu yang terlibat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kategori Ketiga (RM400 One Off)

Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai Kategori Pertama dan Kategori Kedua.

Penerima bantuan kategori ini akan dikenalpasti oleh jentera kerajaan di peringkat daerah, mukim dan kampung, melibatkan penghulu mukim dan ketua kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.

Sekiranya anda tercicir daripada menerima Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk ini, sila maklumkan kepada penghulu mukim dan ketua kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing dengan segera.

Maklumat Lanjut Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400
Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan bantuan lain seperti Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun atau Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500).

Semoga perkongsian Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400 ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua. Diharapkan penerima bantuan ini dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin dalam mengharungi cabaran pandemik Covid-19 pada ketika ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati