Permohonan Bantuan Yuran Pendaftaran IPT MAIJ Sehingga RM1,000 bagi tahun 2021 kini dibuka. Permohonon Skim Bantuan Zakat: Pendaftaran IPT (dalam Negara) telah dibuka bermula 1 JUN 2021 hingga 30 JUN 2021
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) mempelawa anak kelahiran Johor yang mendapat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara untuk memohon Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT. Bantuan ini merangkumi dua kategori peringkat pengajian, iaitu Diploma dan juga Ijazah.
Syarat dan Kelayakan Pelajar Dapatkan Bantuan Yuran Pendaftaran IPT MAIJ
Isi Kandungan
- Warganegara Malaysia
- Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
- Bermastautin di dalam Negeri JOHOR sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pendapatan per kapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.
Kadar Bantuan Yuran Pendafatran IPT
- Diploma (semester pertama): RM500.00
- Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00
Kaedah dan Proses Permohonan
- Semua permohonan melalui Sistem eMAIJ (Bantuan IPT dalam negara).
- Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.
- MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap).
Daftar dan Mohon
Bagi mana-mana penuntut Istitut Pengajian Tinggi dalam negara yang berkelayakan boleh mendaftar dan mengemukakan permohonan anda melalui pautan di bawah ini:
Dapatkan “Manual Pengguna Permohonan Bantuan IPT Dalam Negara” di sini
Di sini admin nak kongsikan manual pengguna tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: manual-bantuan-ipt-emaij
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan bantuan ini boleh dirujuk menerusi:
- Portal rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400
- Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500)
- Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun
- Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN (PKP 3.0)
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22
Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Yuran Pendaftaran IPT MAIJ Sehingga RM1,000 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Diharapkan agar individu yang berkelayakan dan memenuhi syarat dapat membuat permohonan dengan segera sementara masih dibuka. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya!