Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19

Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 ini merupakan permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 34 kekosongan dan 30 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 27 Jun 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.

Individu yang dilantik ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kerja Raya (Semenanjung). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Deskripsi Tugas Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19

Bertanggungjawab melukis, menyurih pelbagai pelan berkaitan lukisan arkitek, rangka bina, perspektif, rajah pembentukan besi, keratan rentas, kontur, dan lain-lain berkaitan.

Jadual Gaji Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19

409454737 10232254296998323 4612438306593112512 n
Gaji MinimumRM 1,377.00
Gaji MaksimumRM 4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan pada Gred JA19 : RM1,377.00), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred JA19 : RM1,435.12), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred JA19 : RM1493.24)

Bidang SKM Tahap 2

  • Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam dan Struktur

Bidang SKM Tahap 3

  • Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Awam dan Struktur
  • Pelukisan Pelan Nasional

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PK-KKRM-PelukisPelan(KejuruteraanAwam)GredJA19(Semenanjung)

Cara Permohonan

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati