Panduan dan Cara Menghadapi Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidik SPP. Panduan ini adalah kepada graduan yang berminat untuk menjadi warga pendidik.
Untuk menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, setiap calon perlu membuat permohonan melalui MySPP diwajibkan melalui fasa temuduga terlebih dahulu.
Antara sebab graduan pendidikan masih lagi tidak mendapat tempat atau gagal pada masa temuduga adalah kerana tidak bersedia. Persediaan menghadapi temuduga amatlah penting dan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, perkongsian kali ini berkaitan tips persediaan dapat memberikan semangat dan motivasi kepada calon.
Langkah Persediaan Menghadapi Temuduga SPP
Isi Kandungan
Sebelum Temuduga
Persediaan sebelum temuduga amatlah penting. Calon perlu memastikan segala dokumen, sijil berkaitan yang diperlukan disediakan di dalam fail dengan kemas. Pastikan, calon menyediakan salinan surat temuduga dan PERLU dibawa semasa menghadiri temuduga.
Dapatkan Senarai Semak Temuduga SPP di sini
Di sini admin nak kongsikan senarai semak temuduga pegawai perkhidmatan pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada calon diluar. Anda perlu menggunakan link yang telah disediakan di bawah untuk memuat turun fail tersebut.
Susunan Dokumen yang diperlukan:
- Kad pengenalan
- Sijil kelahiran
- Sijil kelulusan :-
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
- Ijazah Sarjana Muda Perguruan
- Pengiktirafan kelayakan KPT, MQA
- Transkrip akademik
- MUET
- Sijil akademik universiti
- Sijil kokurikulum universiti
- Sijil penghargaan (maksimum 5)
- Sijil penyertaan (maksimum 5)
- Sijil tamat pengajian ISMP
- Sijil berhenti sekolah
Semasa Temuduga
Setelah segala persediaan sebelum temuduga selesai, calon perlu melakukan perkara ini semasa temuduga:
- Pastikan calon periksa semula segala dokumen yang diperlukan sebelum bertolak ke tempat temuduga
- Datang awal 20-30 minit ke tempat temuduga.
- Sesi Pendaftaran
Ketika sesi pendaftaran, pegawai SPP akan meneliti setiap dokumen yang diperlukan. Pastikan semua dokumen disahkan.
Calon perlu memakai pakaian yang sesuai, ikut tatacara pemakaian yang betul. Kami ada kongsikan Tips Pemakaian Secara Profesional.
2. Pembahagian Kumpulan
Setelah selesai pengesahan dokumen oleh pegawai SPP, calon akan dibahagikan mengikut kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan dibahagikan mengikut bidang pengajian masing-masing. Satu kumpulan akan terdiri daripada 4-6 orang dan tempoh temuduga dalam 1-2 jam.
3. Panggilan Temuduga
Apabila segalanya sudah sedia, pegawai SPP akan memanggil calon mengikut barisan kerusi yang telah ditetapkan. Sebelum masuk ke bilik temuduga, pastikan ketuk pintu terlebih dahulu. Apabila sudah masuk, jangan duduk sehingga diarahkan oleh penemuduga.
Bagi calon yang memohon pegawai perkhidmatan pendidikan DG41, penemuduga terdiri daripada pegawai tertinggi SPP dan seorang guru pakar dalam bidang tersebut.
Berikut adalah antara soalan yang selalu ditanya oleh penemuduga:
- Perkenalkan diri anda
- Perkara berkaitan isu semasa pendidikan
- Peranan seorang guru
- Kaedah pengajaran
- Perkara paling penting adalah membawa fail RPH
- Soalan-soalan berkaitan bidang yang dimohon oleh calon
Anda mesti menjawab dengan penuh keyakinan dan bersiap sedia menjawab soalan dengan berilmu. Elakkan daripada menyampuk apabila pegawai sedang menemuduga, tunggu giliran anda untuk menjawab. Semoga berjaya!
Diharap dengan perkongsian kami kali ini dapat memberi gambaran dan panduan kepada calon-calon diluar tentang Panduan dan Cara Menghadapi Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidik SPP. Semoga segala info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anda di luar.