Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023

 

Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023

Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023. Untuk masyarakat Tionghua, Yee Sang ini adalah merupakan satu hidangan yang wajib ada serta disediakan ketika makan besar setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga.Hidangan ini sebenarnya bukan saja-saja dihidangkan tapi punya simbolik dan makna yang tersendiripada perayaan ini.

Untuk kita sebagai masyarakat Malaysia yang hidup bersama dengan kaum Cina tak salah kalau kita pun turut mengetahui simbolik Yee Sang ini supaya kita mengetahui dari sudut hukumnya dari sisi agama kita adakah sama ada kita dibenarkan atau tidak dan apa pun hormati budaya dan adat agama lain, agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni di negara ini.

Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023

Yee sang’ amat terkenal di Malaysia sebagai hidangan tradisi yang disajikan pada hari Tahun Baru Cina. Banyak hotel, restoran dan rumah2 masyarakat Cina menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk ‘tuah’ untuk tahun berikutnya

  • Maksud Sebenar Yee Sang’
  • Adakah Halal Disisi Agama Islam Memakannya?
  • Adakah Dibenarkan Untuk Orang Islam Hadiri Majlisnya?

Untuk kita ketahui kesemua, mari kita sama-sama ambil sedikit masa untuk belajar dan dalami hukum hakamnya disisi Agama Islam. Makluman untuk semua, segala perkongsian ilmu yang diberikan ia adalah merujuk kepada sumber para para alim serta sumber rujukan yang sahih.

Sila layari telegram rasmi saluran terpantas info dan maklumat terkini yang diupdate dari semasa ke semasa

telegram us

Yee Sang’ Sejarah, Adat Dan Majlis Perayaan 

Maksud Sebenar Yee Sang’

Di Malaysia mahupun Singapura, masyarakat Cina ia amat sinonim dengan Yee Sang iaitu satu upacara makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran. Uniknya Yee Sang ini adalah apabila ianya hanya popular bagi masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura dan tidak pula di tanah besar China, Hong Kong dan juga Taiwan.

Yee Sang atau disebut juga Yusheng adalah sebuah hidangan yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia. Ia dihidangkan dengan mencampurkan tujuh jenis warna yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur-sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.

Menurut kepercayaan mereka, ‘Lo Hei’ (melambung yee sang) ialah satu adat resam Tahun Baru Cina yang mana saudara-mara atau rakan-taulan berkumpul di keliling meja lalu melambung hirisan ramuan ke udara dengan penyepit sambil melaungkan ucapan Lo Hei… Lo Hei… Lo Hei… sebagai menandakan bermulanya tahun yang makmur. Secara harfiah, ‘yusheng’ adalah ‘ikan mentah’, namun masyarakat Cina juga menganggap ia melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Anda juga boleh ikuti kupasan lanjut mengenai sejarah Yee Sang’ yang dikongsikan oleh Bro Firdaus Wong

Adakah Halal Disisi Agama Islam Memakannya?

Mengikut sumber dari Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al Bakri suatu ketika pernah mengulas dan menyebuy mengenai perkara tersebut sewaktu beliau memegang jawatan mufti wilayah persekutuan pada waktu itu. Kata beliau :

  • Dari kaca mata Islam, makanan yang halal lagi baik maka tidak ada halangan baginya untuk dimakan. Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ حَلَٰلٗا طَيِّبٗا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٌ

 

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah: 168)

  • Melihat kepada amalan ini, ianya lebih kepada adat dan tidak ada sangkut pautnya dengan permasalahan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ini selama mana makanan yang dihidangkan halal dan tidak ada perkaitannya dengan permasalahan akidah baik dari segi ucapan mahupun iktikad terhadap upacara tersebut. Begitu juga selama mana tidak ada unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut. Wallahu a’lam.

Sumber rujukan dari laman web rasmi kerajaan Mufti Wilayah Soal Jawab Hukum Perayaan Cina

Adakah Dibenarkan Untuk Orang Islam Hadiri Majlisnya?

Memetik kupasan lebih lanjut dari segi hukum fiqh mengenai adakah dibenarkan hadir adalah berdasarkan sumber rujukan yang sama berserta dengan dalil serta fatwa semasa:

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa yang majmuk, adat dan budaya yang berlainan seperti Malaysia, sudah tentu ia menjadikan kita lebih terbuka dan bertolak ansur (tasamuh dan toleransi) tanpa menggadaikan prinsip-prinsip utama Islam.

Berikut merupakan beberapa garis panduan yang kami cadangkan kepada semua umat Islam yang ingin terlibat dalam sambutan perayaan bangsa lain untuk sama-sama diteliti dan diaplikasikan:

Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Kami dapati sambutan Tahun Baru Cina yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin masyarakat Cina dan juga disertai oleh pemimpin negara atau negeri yang beragama Islam, masih di ruang lingkup yang dibenarkan oleh Islam. Ini kerana, ia bertujuan untuk menjaga dan memelihara hubungan masyarakat dan lebih kepada hidup dalam kontrak sosial yang diraikan tanpa menggadaikan prinsip agama.

Akhir kalam, semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua dan juga supaya diberikan kefahaman yang baik dalam beragama seterusnya dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Meraikan suasana masyarakat majmuk di Malaysia menjadikan kita satu komuniti yang cintakan akan keamanan, penuh dengan rasa hormat-menghormati, tulus dan ikhlas dalam membina persahabatan serta teguh mempertahankan keamanan negara. Sesungguhnya, nikmat keamanan dan keharmonian yang Allah SWT telah berikan kepada kita semestinya sama-sama kita kekalkan dan memeliharanya demi keharmonian bersama.

Akhir Kata 

Semoga dengan perkongsian Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023 sedikit sebanyak dapat membantu kefahaman dengan lebih dalam mengenai Islam.