Info terbaru mengenai jawatan kosong PERHEBAT Oktober 2024. Jawatan kosong ini adalah satu tawaran terbaru di bawah sektor awam yang kini dibuka dan boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober ini.
Makluman Jawatan Kosong PERHEBAT Oktober 2024
Isi Kandungan
Siaran jawatan kosong ini adalah untuk jawatan minima diploma dengan taraf kontrak. Berikut adalah senarai jawatan kosong PERHEBAT yang dibuka pada bulan Oktober 2024:
- Pengajar (Pendawaian Elektrik Kediaman) Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran (Kota Bharu), PERHEBAT Negeri Kelantan
- Kerani (Latihan Kakitangan) Bahagian Sumber Manusia, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
- Kerani (Latihan Peralihan) Seksyen Pengambilan dan Pendaftaran Pelatih, Bahagian Akademik, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
- Kerani PERHEBAT Negeri Sarawak
- Pembantu Hal Ehwal Agama – Bahagian Sumber Manusia, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
- Tukang Masak Unit Pengurusan Asrama dan Rumah Masak, Seksyen Hal Ehwal Pelatih, Persijilan dan Pengurusan Data, Bahagian Akademik, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
- Pramusaji Unit Pengurusan Asrama dan Rumah Masak, Seksyen Hal Ehwal Pelatih, Persijilan dan Pengurusan Data, Bahagian Akademik, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
Maklumat Jawatan PERHEBAT Oktober 2024
Berikut merupakan maklumat jawatan yang dibuka pada bulan ini:
Maklumat | Penerangan |
---|---|
Taraf Jawatan | Kontrak |
Kelayakan Akademik | SPM dan ke atas |
Penempatan | Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) |
Tarikh Permohonan Jawatan
Merujuk pada iklan yang disiarkan, jawatan kosong PERHEBAT Oktober 2024 dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 7 Oktober 2024. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Syarat Kelayakan Jawatan Kosong PERHEBAT Oktober 2024
Berikut merupakan senarai syarat kelayakan bagi jawatan kosong PERHEBAT Oktober 2024:
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang Pentadbiran Pejabat berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama satu (1) tahun adalah satu kelebihan;
- Mempunyai kemahiran ‘interpersonel’ yang tinggi dan berkebolehan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat;
- Bekebolehan menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point; dan
- Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.
Khusus bagi calon yang berminat, anda disarankan untuk merujuk makluman lengkap daripada PERHEBAT di laman rasmi mereka. Calon boleh mengetahui info dan kriteria jawatan yang ditawarkan untuk permohonan.
Semak Iklan Jawatan Kosong PERHEBAT Oktober 2024
Seterusnya, anda boleh membuat rujukan lebih lanjut mengenai maklumat permohonan di laman web rasmi PERHEBAT. Pastikan calon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong yang dibuka oleh PERHEBAT melalui siaran iklan rasmi jawatan kosong:
Selepas mengetahui maklumat lengkap mengenai jawatan, para calon boleh mengemukakan permohonan jawatan kosong PERHEBAT Oktober 2024 dengan segera.
Cara Permohonan Jawatan Kosong PERHEBAT Oktober 2024
Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan dengan cara PERHEBAT tetapkan sebelum atau pada 7 Oktober 2024. Berikut adalah langkah-langkah permohonan kerja:
- Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Jawatan PERHEBAT (BOR/PHBT/TADSM/2019 (PERMOHONAN JAWATAN) secara atas talian dengan hanya klik pautan.
- Resume dan salinan sijil hendaklah diemelkan kepada alamat emel [email protected]
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima dianggap sebagai tidak berjaya. sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup iklan adalah
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Oktober 2024 (Isnin), jam 12.00 tengahari.
- Segala pertanyaan boleh hubungi Cik Nurul Adilah binti Mohd Roslan di talian 03-61569412 samb. 1026.
Selepas membuat permohonan, anda perlu menunggu maklum balas daripada pihak PERHEBAT. Biasanya, calon yang berjaya akan dipanggil menghadiri sesi temuduga untuk membuktikan kelayakan mereka bagi jawatan tersebut.