Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini merupakan jawatan terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan yang ditawarkan ini adalah pada 16 Jun 2021.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti di bawah ini. Jawatan-jawatan yang ditawarkan ini adalah bertaraf tetap.
Senarai Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Isi Kandungan
1. Penolong Juruaudit Gred W29
- Penempatan: Ibu Pejabat LPNM
- Gaji: RM 1,498.00 – RM 5,678.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145.00
2. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
- Penempatan: Seluruh Malaysia
- Gaji: 1,353.00 RM 4,005.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00
Syarat Umum Permohonan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Dapatkan “Borang Permohonan dan Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan borang dan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download:
Cara Permohonan
- Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong tersebut.
- 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi terkini tiga tahun berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.
- Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah
dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:
i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolahv) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran daripada majikan.
vii) Sijil-sijil penghargaan/penyertaan (terhad 3 tahun terkini)
*** Salinan sijil yang tidak disahkan adalah dianggap tidak lengkap dan tidak
akan diproses. - Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
- Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada 16hb Jun 2021 (Rabu);
Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong ini boleh dirujuk DI SINI.
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
- Jawatan Kosong SPP Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 Hingga Gred 19
- Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Syariah LS29
- Jawatan Kosong Pembantu Hidupan Liar G11
- Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia
- Tawaran Pelbagai Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Ayuh, mohon segera sebelum tamat tempoh!