Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk Sijil, Diploma dan Ijazah 2021

Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk

Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk Sijil, Diploma dan Ijazah 2021 ini adalah bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) merupakan sebuah organisasi yang mengendalikan perkara-perkara berkaitan ZAKAT, Agihan wang zakat dan Baitulmal.

Bantuan ini disasarkan kepada para pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana. Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka dari segi kewangan untuk menyediakan segala kelengkapan belajar.

Bantuan Am Pelajaran ini adalah di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan khas untuk pelajar-pelaja yang memerlukan untuk persiapan menyambung pengajian mereka. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk wang dan berbeza jumlah mengikut peringkat pengajian.

download 2
Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk

Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk

MAIPk akan memberikan bantuan ini kepada 3 kategori peringkat pengajian seperti berikut:

  • Sijil / Matrikulasi /STPM / STAM / SPMV(KV) 
    • Bantuan sebanyak RM 500
  • Diploma / DPMV (KV)
    • Bantuan sebanyak RM 600
  • Ijazah Sarjana Muda
    • Bantuan sebanyak RM 700

Syarat Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk 2021

Syarat untuk menerima Bantuan Pelajaran adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dibuat TIDAK MELEBIHI 3 BULAN dari tarikh daftar diri ke IPTA/IPTS
  2. Pemohon haruslah melanjutkan tempoh pengajian melebihi setahun atau 12 bulan
  3. Pemohon mestilah BERMASTAUTIN dalam negeri Perak
  4. Permohonan hanyalah tertakluk kepada pengajian SEPENUH MASA sahaja
  5. Hanya sekali sahaja bantuan akan diberikan bagi setiap peringkat pengajian

Cara untuk Mendapatkan Bantuan

perak

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi:

Anda juga boleh meghubungi secara dalam talian untuk mendapatkan info lanjut seperti berikut:

  • Tel : 05-208 4000

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan bantuan lain seperti Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021 atau Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021.

Perkongsian Bersama Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk

Semoga perkongsian berkaitan Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk Sijil, Diploma dan Ijazah 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anak kelahiran negeri Perak untuk mendapatkan bantuan ini bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah. Mari sama-sama menggalakkan anak serta sedara mara anda untuk melanjutkan pelajaran mereka bagi kegunaan masa kelak. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang layak menerima bantuan ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati