
Permohonan Mengikuti Program Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah UPSI Ambilan September 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, mohon perhatian khususnya kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu untuk mengikuti program Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memberikan tawaran bagi program pengajian tersebut untuk Ambilan September bagi tahun ini (2018).
Permohonan Mengikuti Program Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah UPSI Ambilan September 2018
Isi Kandungan

UPSI menawarkan dua program pascasiswazah iaitu Program Ijazah Sarjana dan Program Ijazah Kedoktoran dalam bidang pendidikan. Mod pembelajaran adalah hujung minggu. Terdapat 8 program pengajian yang ditawarkan bagi Program Ijazah Sarjana dan 7 bagi Program Ijazah Kodoktoran. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) di URL . Permohonan ini akan ditutup pada 1 Julai 2018 (Ahad). Untuk butiran penuh berkaitan program yang ditawarkan, rujuk di SINI.
MOHON DI SINI

Program yang Ditawarkan bagi IJAZAH SARJANA Berserta Lokasi Pengajian

- Pendidikan Islam (Pendidikan) – Johor Bahru
- Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Sains) – Perlis, Sungai Petani, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching, Butterworth
- Seni (Pendidikan) – Kuantan
- Psikologi Pendidikan (Pendidikan) – Kuala Terengganu, Sungai Petani, Tangkak, Johor Bharu, Bintulu
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pendidikan) – Kota Kinabalu, Kuantan
- Pendidikan Khas (Pendidikan) – Sungai Petani, Kota Kinabalu, Kuching
- Pendidikan Sekolah Rendah (Pendidikan) – Kuching, Kuala Lumpur
- Bimbingan dan Kaunseling (Pendidikan) – Johor Bharu, Sungai Petani, Kota Bharu, Kuala Lumpur
Program yang Ditawarkan bagi IJAZAH KEDOKTORAN Berserta Lokasi Pengajian

- Pendidikan Bahasa Melayu (Pendidikan) – Kota Belud, Sabah
- Pendidikan Kesusasteraan Melayu (Pendidikan) – Kota Belud, Sabah
- Pengajian Kurikulum (Pendidikan) – Kuching, Sarawak
- Psikologi Pendidikan (Pendidikan) – Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Bintulu
- Pendidikan Teknologi Instruksional (Pendidikan) – Kuala Terengganu
- Pendidikan Awal Kanak-kanak (Pendidikan) – Kota Kinabalu
- Bimbingan dan Kaunseling (Pendidikan) – Kuala Lumpur, Tawau, Sg Petani, Kuantan
Penutup
Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan program yang ditawarkan ini, anda boleh menghubungi 015-4879 7800 atau WHATSAPP ke http://cekapsupsi.wasap.my. Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Mengikuti Program Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah UPSI Ambilan September 2018 memberikan informasi bermanfaat buat semua khususnya kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan segala informasi dan bahan-bahan terkini berkaitan dunia pendidikan. Sekian daripada admin. Salam ramadhan.