Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ini merujuk kepada jawatan kosong terkini yang sedang dibuka permohonannya. LLM sedang menawarkan sebanyak 12 jawatan yang berbeza merangkumi pelbagai bidang. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 22 Jun 2021 (Selasa).

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang disenaraikan. Ketahui selanjutnya cara permohonan pada bahagian bawah.

Senarai Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia

Pengurusan dan Profesional

  1. Juru Ukur Bahan (Gred J41)
    Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran kontrak, menilai kadar harga dan mengadakan perundingan untuk mempersetujui harga, membuat penilaian dan menyediakan Laporan Penilaian Tender/Sebut harga serta pengesyoran kepada Jawatankuasa Perolehan/Sebut harga , mengurus, menyelaras dan mengemaskini kerja-kerja berkaitan Juruperunding Tanah serta memantau pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya dari segi prosedur kontrak dan dasar kerajaan.
  2. Jurutera Awam (Gred J41)
    Merancang, mengurus dan memantau lebuh raya dalam perancangan, pembinaan, dan beroperasi mengikut peruntukan perundangan, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
  3. Pegawai Tadbir (Gred N41)
    Melaksanakan tugas-tugas berkaitan pengurusan sumber manusia, latihan, perkhidmatan, pentadbiran pejabat, kualiti, hal ehwal korporat, pengurusan aset, pengambilan tanah, pemantauan projek lebuh raya bertol, mengaudit trafik, dan hasil tol serta auditan dalaman selaras dengan pekeliling dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
  4. Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41)
    Bertanggungjawab dalam membangun, membaiki, dan menyelenggara aplikasi komputer serta pangkalan data, di samping memberi latihan kepada pengguna sistem. Turut bertanggungjawab membaiki dan menyenggara perkakasan, perisian dan sistem operasi komputer di dalam sesebuah sistem rangkaian komputer dan Pusat Data serta kerja-kerja pengurusan aset ICT supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan terurus.
  5. Juruaudit (Gred W41)
    Menjalankan pengauditan secara profesional ke atas pematuhan pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa, pematuhan pengurusan kewangan, prestasi dan membuat susulan audit.
    Menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan, dan harapan stakeholders.

Pelaksana Lembaga Lebuhraya Malaysia

  1. Penolong Akauntan (Gred W29)
    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, menyemak, dan memastikan semua daftar kewangan dikemaskini secara berkala. Turut bertanggungjawab membantu dalam penyediaan Audit Indeks Akauntabiliti dengan memastikan ianya dikemas kini setiap bulan.
    Menguruskan penyediaan dokumen perjanjian pajakan, sewaan bagi tanah milik LLM, dan membantu dalam penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan Tahunan LLM.
  2. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N41)
    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, pengurusan fail dan rekod Jabatan serta rekod perkhidmatan pegawai.
  3. Penolong Jurutera (Awam) (Gred JA29)
    Bertanggungjawab mengendalikan perancangan dan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan awam iaitu membantu menyediakan isi kandungan perjanjian konsesi dan teknikal apendiks lebuh raya baharu, menyediakan laporan outcome lebuh raya yang telah beroperasi, mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan
    menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, memantau tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga serta tender, membantu mengemas kini data ke dalam Sistem Pengurusan Aset Lebuhraya, membantu memproses permohonan Pembangunan Tepi Lebuhraya (PTL) serta menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan.
  4. Penolong Jurutera Elektrik (Gred JA29)
    Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyemak lukisan kejuruteraan, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N19)
    Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan dan statistik.
  6. Pemandu Kenderaan (Gred H11)
    Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan serta menjaga kenderaan di bawah kelolaan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
  7. Pembantu Operasi (Gred N11)
    Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis.

Cara Permohonan Kerja di Lembaga Lebuhraya Malaysia

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di pautan http://ejawatan.llm.gov.my mulai 8 Jun 2021 (Selasa) sehingga 21 Jun 2021 (Isnin). Ketahui maklumat lanjut syarat kelayakan bagi setiap jawatan melalui iklan jawatan kosong yang disediakan di bawah.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: 

Peringatan Mesra Bagi Mereka yang Berminat Bekerja di Lembaga Lebuhraya Malaysia

  1. Permohonan jawatan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh iklan ditutup.
  2. Sila pastikan borang permohonan jawatan secara dalam talian diisi dengan lengkap.
  3. Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:-
    i. Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
    ii. Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
    iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
    iv. Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
  4. Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
  5. Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.
  6. Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
  7. Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
  8. Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap.

Senarai jawatan kosong yang lain selain kerja di Lembaga Lebuhraya Malaysia

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati