Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 : RAYUAN FASA 1 MULA DIBUKA PADA 2 MEI 2022

Rayuan BKM 2022
Rayuan BKM 2022

BKM Tidak Lulus? Jom Mohon Rayuan BKM 2022, Permohonan Rayuan BKM 2022. Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah memberi bantuan BKM kepada mereka yang layak. Kira-kira sebanyak 9.6 Juta rakyat Malaysia mendapat manfaat dari pemberian bantuan BKM Fasa 1 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini.

Namun begitu, ada juga dikalangan rakyat Malaysia yang mengeluh kerana tidak layak mendapat bantuan BKM. Melalui sistem BKM, ia telah melalui beribu-ribu tapisan butiran setiap pemohon. Oleh itu, jika ada yang tidak layak mendapat bantuan BKM mungkin adalah kerana kesilapan lampiran dokumen, tersilap isi butiran, dokumen yang dilampirkan tidak dan lain-lain lagi sebab yang boleh dipertimbangkan untuk tidak layak menerima bantuan BKM.

Ramai diantara mereka yang gusar dan gelisah kerana tidak layak mendapat bantuan. Akan tetapi, peluang mereka untuk memohon bantuan BKM masih ada. Menurut kerajaan Malaysia, bantuan BKM akan membuka portal permohonan rayuan bagi mereka yang tidak layak mendapat bantuan BKM sebelum ini. Ikuti maklumat lanjut mengenai rayuan BKM dibawah.

Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Bagi Mereka Yang Tidak Layak

Masih belum terlambat untuk memohon bantuan BKM. Anda hanya perlu mengemukakan rayuan BKM di laman rasmi BKM bila tarikh buka permohonan rayuan dibuka. Melalui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan :

Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei tahun ini untuk tempoh sebulan.

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya. Sumber : Harian Metro

Oleh yang demikian itu, jelaslah bahawa masih ada peluang bagi mereka yang tidak layak mendapat bantuan BKM sebelum ini.

Bilakah Tarikh Permohonan Rayuan BKM 2022 Mula Dibuka?

Kerajaan Malaysia akan membuka permohonan rayuan BKM pada 2 MEI 2022. Menurut Perdana Menteri sebelum ini beliau menjelaskan bahawa permohonan rayuan BKM akan dibuka selama sebulan.

Buat mereka yang ingin memohon bantuan BKM, jangan lupa dan ingat tarikh buka permohoan rayuan BKM adalah 2 MEI 2022.Permohonan hanya boleh dimohon secara atas talian (Online) sahaja.

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 Nanti?

Selepas semakan status BKM anda dibuat dan didapati tidak lulus, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan BKM di laman web rasmi BKM iaitu https://bkm.hasil.gov.my/

Permohonan anda boleh dibuat pada tarikh yang dibuka iaitu 2 Mei 2022. Pemohon hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang akan dilampirkan adalah lengkap dan menepati syarat yang ditetapkan. Maklumat permohonan rayuan BKM akan kami update dari semasa ke semasa.

Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan “Update Terkini” bantuan BKM dan lain-lain pemberian bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Anda disarankan mengikuti kami di channel Telegram Rasmi Kami di bawah. Jom sertai komuniti kami!

TELEGRAM SISTEM GURU ONLINE (OFFICIAL)

photo1649247508

Apa Lagi Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon?

Untuk pengetahuan semua, kami sangat memahami bahawa ramai rakyat Malaysia benar-benar berada di dalam keadaan yang sukar untuk meneruskan kesinambungan hidup. Oleh itu, kami disini cuba sebaik mungkin untuk menyenaraikan bantuan lain yang mungkin anda boleh mohon.

Antaranya ialah :

  • Bantuan kerajaan sediakan kepada lepasan pelajar sekolah dan graduan. Anak muda layak untuk memohon. Anda boleh buat permohonan di: Bantuan Elaun RM300 kepada pelajar
  • Kerajaan telah buat satu inisiatif untuk mereka yang mencari kerja. Anak muda atau mereka yang sedang mencari pekerjaan wajar untuk memohon kemudahan kerajaan sediakan. Boleh mohon di : Bantuan elaun cari kerja
  • Khas buat penggemar beli di shopee, kerajaan telah melaksanakan program pemberian baucar kepada pembeli shopee, anda boleh claim baucar di shopee! Sila claim baucar anda sekarang: Bantuan baucar shopee 2022
  • Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk e-wallet.Tebus e-wallet anda sekarang! : Bantuan e-wallet RM150
  • Anda ingin membina sebuah rumah? tetapi kurang bajet? Berita gembira kepada anda! kerajaan telah membuka permohonan Bantuan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) mohon segera, ini adalah kemudahan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

“Selagi Ada Sinar, Selagi Itulah Ada Peluang”

Kerajaan Malaysia akan membuka peluang kepada mereka yang ingin menerima bantuan BKM. Ini adalah peluang anda, mohon sediakan dan lengkapkan dokumen butiran permohonan anda nanti.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati