Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong UKM April 2024 Kini Dibuka

Jawatan Kosong UKM April 2024 Kini Dibuka

UKM kini sedang membuka jawatan kosong UKM April 2024 untuk permohonan oleh para calon yang berminat. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah merupakan sebuah Universiti yang berprestasi tinggi dengan kedudukannya juga tinggi persada dunia.

Dengan pengumuman jawatan kosong UKM April 2024 ini akan memberi peluang yang terbaik kepada para calon untuk memulakan kerjaya dibawah Universiti yang terkenal dalam Malaysia. Calon juga dapat menimba pengalaman berharga sekiranya diterima permohonan. Rujuk beberapa maklumat lengkap berkenaan syarat-syarat, iklan jawatan kosong dan cara membuat permohonan.

Berkenaan Jawatan Kosong UKM April 2024

image 6
Jawatan Kosong UKM April 2024 Kini Dibuka 4

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) kini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di JANA@UKM bagi jawatan berikut:

  • PEGAWAI TADBIR N41 (Kontrak)

Berikut adalah merupakan maklumat dan keperluan jawatan dalam bentuk jadual seperti dibawah:

PerkaraMaklumat
GajiMinimum – RM 2,094.00
Maksimum – RM 9,585.00
ElaunImbuhan Tetap Perumahan (ITP) – RM 300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITIKA) – RM 300.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) – RM 300.00
Kenaikan gaji tahunanRM225.00
Taraf JawatanKontrak
Lokasi dan KekosonganPusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)-1 Kekosongan

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong UKM April 2024

Untuk makluman kepada para calon, permohonan adalah dibuka bermula hari ini iaitu 3 April 2024 dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 17 April 2024. Oleh itu, diminta kepada para calon untuk segera membuat permohonan dan mengikuti kaedah permohonan yang betul.

Sila ambil cakna juga berkenaan deskripsi tugas dan syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan oleh pihak UKM.

Senarai Deskripsi Tugas

Berikut adalah merupakan senarai tugas kerja untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 di UKM bagi jawatan kosong UKM April 2024 :

  1. Mengurus, merancang, menyelaras projek-projek pembangunan dan hartanah
  2. Mahir dalam analisa dan menyediakan unjuran aliran tunai;
  3. Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek sedia ada dan projek penjanaan baharu
  4. Menyedia kertas kerja dan laporan berkaitan projek 5. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris;
  5. Berurusan dengan pihak luar dan pihak kerajaan, dan
  6. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan JANA@UKM dan semasa ke semasa.

Senarai tugas ini telah ditetapkan oleh pihak UKM sendiri. Oleh itu, para calon perlu peka dengan tugasan kerja yang diberikan.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan UKM

Bagi para pemohon yang berminat untuk mengemukakan permohonan jawatan kosong UKM April 2024, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia:
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pengurusan Hartanah / Pengurusan Projek / Pengurusan Pembinaan / Seni Bina / Ukur Bahan / Kejuruteraan Awam yang diktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengan oleh kerajaan.

Keutamaan Lantikan Calon

image 5
Jawatan Kosong UKM April 2024 Kini Dibuka 5

Pihak UKM telah menggariskan beberapa keutmana bagi calon latikan jawatan Pegawai Tadbir N41 seperti berikut:

  1. Memperolehi ljazah Sarjana Muda dengan kepujian (sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas) dalam bidang Pengurusan Hartanah / Pengurusan Projek / Pengurusan Pembinaan / Seni Bina / Ukur Bahan / Kejuruteraan Awam daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan projek hartanah / pembangunan hartanah / pembinaan bangunan atau berkaitan dengan hartanah dan tempoh pengalaman sekurang- kurangnya satu (1) tahun dan fasih berbahasa Melayu dan Inggeris (bertutur dan menulis).

Panduan Permohonan Jawatan Kosong UKM

Diminta para calon untuk ikuti beberapa langkah permohonan seperti dibawah:

  1. Permohon yang berminat dan memenuhi kriteria layak memohon boleh hantar dokumen lengkap Resume / Sijil Akademik / Kad Pengenalan di alamat e-mel [email protected].
  2. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga;
  4. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Dayang Nuraini Rosli di talian 03-8921 5025.

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati