Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Syariah LS29 Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Syariah LS29
Penolong Pegawai Syariah

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Syariah LS29 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Terdapat sebanyak 2 kekosongan dan juga 20 simpanan yang ditawarkan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 15 Jun 2021 (Selasa), jam 11:59 malam.

Individu yang dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Syariah LS29 ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah LS29

  • Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset, dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Syariah LS29

Gaji Minimum RM 1,494.00
Gaji Maksimum RM 5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Syariah LS29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  1. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau
  2. Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di atas
  • lulus Peperiksaan Khas; dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  1.  

Keperluan Bidang Diploma dan STAM
(Ditetapkan oleh Jabatan)

STAM

  • Dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah,
  • Satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dan
  • Satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin, atau

Diploma dalam bidang:

  • Al-Syariah
  • Pengajian Islam (Syariah)
  • Perundangan Islam/Syariah,
  • Syariah,
  • Syariah dan Pengajian Islam,
  • Syariah dan Pengurusan,
  • Syariah dan Undang-undang,
  • Syariah dengan Undang-undang,
  • Syariah Islamiyyah, atau
  • Undang-undang dan Syariah.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPA9_PG-JKSM-PenolongPegawaiSyariahGredLS29

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan Sijil/Diplma yang telah diiktiraf oleh Senat Universiti/Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Syariah LS29 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati