Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan persekolahan MAIWP berkonsepkan ‘beli tanpa bayar’ Tahun 2020

logo

Bantuan persekolahan MAIWP berkonsepkan ‘beli tanpa bayar’ ini bersumberkan Berita Harian, Ilah Hafiz Aziz.

Bantuan persekolahan MAIWP berkonsepkan 'beli tanpa bayar'

Bantuan persekolahan MAIWP berkonsepkan ‘beli tanpa bayar’

KUALA LUMPUR: Keluarga asnaf yang mendapat mendapat bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pakaian dan peralatan sekolah, mulai 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021 boleh mendapatkan kelengkapan itu dengan ‘membeli tanpa membayar’ di 46 pasar raya dan kedai terpilih di Putrajaya, Labuan dan ibu negara.

MAIWP dalam satu hantaran di Facebook, berkata bagi memudahkan keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan sesi persekolahan 2021, mereka hanya perlu ke pasar raya terbabit dan memilih sendiri barangan yang diperlukan.

image 78

“Senarai barangan diperlukan adalah berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MAIWP mengikut kadar ditetapkan.

“Mereka pulang dengan hati gembira tanpa perlu membuat bayaran. Proses penebusan sudah boleh dibuat mulai hari ini, 23 Disember sehingga 30 April 2021,” kata MAIWP.

Seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf di tiga Wilayah Persekutuan diberikan pakaian dan peralatan sekolah oleh MAIWP dalam program Kasih Asnaf Back To School.

Menyentuh mengenai kadar bantuan yang ditetapkan, pada sesi persekolahan 2021, MAIWP mengeluarkan secara keseluruhannya sebanyak RM9.13 juta dana zakat.

KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT SEMAKAN

Penerima bantuan boleh melayari pautan di atas untuk membuat semakan.

Maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, sila KLIK DI SINI.

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Bantuan persekolahan MAIWP berkonsepkan ‘beli tanpa bayar’ sedikit sebanyak memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati