Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Geosains Gred C19 Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Pembantu Geosains Gred C19
Pembantu Geosains

Jawatan Kosong Pembantu Geosains Gred C19 ini merupakan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 20 Jun 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. SPA menawarkan jawatan ini merangkumi seluruh semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Bilangan kekosongan jawatan adalah berbeza mengikut penempatan seperti yang dinyatakan berikut:

  • Semenanjung: 12 kekosongan & 50 simpanan
  • Sabah: 1 kekosongan & 5 simpanan
  • Sarawak: 5 kekosongan & 20 simpanan

Individu yang dilantik ke jawatan Pembantu Geosains Gred C19 ini akan ditempatkan di bawah Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Jadual Gaji Pembantu Geosains Gred C19

Gaji MinimumRM 1,357.00
Gaji MaksimumRM 4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Geosains

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan pada Gred C19 : RM1,357.00), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred C19 : RM1,413.40), atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan (Geomatics and Land Surveying / Juruteknik Geospatial) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1469.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: 

Cara Permohonan

4e90e071 0fd5 417a bf52 b8bd0859834a 1
Pembantu Geosains
  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Geosains Gred C19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati