Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia ini merujuk kepada permohonan jawatan kosong terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 9 Jun 2021.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggungjawab terhadap pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi MyIPO adalah untuk membangun, mempertingkat serta menambahbaik infrastruktur perundangan harta intelek dan sistem pentadbiran yang cekap melalui eksploitasi harta intelek (HI). Seiring dengan kemajuan MyIPO yang dinamik, pihak MyIPO mempelawa warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat MyIPO Kuala Lumpur.

Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia

34f6b4b1 52f9 42c6 8dce f2e689954a13 2

1. Penolong Pegawai Harta Intelek (Penolong Jurutera Elektrik)

  • 1 Kekosongan
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Gred : IP10
  • Skala Gaji : RM1,963.00 – RM6,123.00

Syarat-syarat Asas

  • Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan;
  • Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam Microsoft Words, Excel dan Powerpoint;
  • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi;
  • Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;
  • Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di bawah tekanan;
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
  • Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.

Syarat Kelayakan

  • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrikal daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam kerja penyelenggaraan bangunan; dan
  • Memperolehi Sijil Perakuan Kekompetenan Elektrik dari Suruhanjaya Tenaga adalah suatu kelebihan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN JAWATAN KOSONG – MyIPO 2021

Cara Permohonan

  • Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman sesawang MyIPO bersama-sama sesalinan sijil-sijil, dan gambar berukuran pasport terkini.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 9 Jun 2021 kepada:
    PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
    UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
    NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
    59000 KUALA LUMPUR
    (u.p.: Bahagian Sumber Manusia)
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemu duga.
  • PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Diploma/ Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat sesawang berikut: (http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm) atau (https://www2.mqa.gov.my/mqr/).

Senarai jawatan yang lain:

Diharapkan agar perkongsian Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati