Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 3 Jun 2021. Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bagi jawatan-jawatan seperti di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong LKTN

1. Pembantu Ehwal Ekonomi

  • Gred: E19
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Jadual Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,353.00 – RM4,005.00

2. Pembantu Tadbir (P/O)

  • Gred: N19
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Jadual Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,352.00 – RM4,003.00

3. Pembantu Tadbir Kewangan

  • Gred: W19
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Jadual Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,353.00 – RM4,005.00

4. Pemandu Kenderaan

  • Gred: H11
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Jadual Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,218.00 – RM2,939.00

Syarat Permohonan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu sama ada pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah (bagi Jawatan Hred 11) ataupun pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (bagi Jawatan Gred 19) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Khusus

Panduan Permohonan

  1. Permohonan, perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan hendaklah dibuat secara dalam talian yang boleh dirujuk seperti mana dalam iklan jawatan kosong LKTN
  2. Pemohon tidak perlu menghantar sebarang surat menyurat dan salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak urusetia.
  3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) tahun dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
  4. Kekosongan jawatan adalah di pejabat LKTN seluruh Malaysia.
  5. Tarikh tutup iklan jawatan pada 3 Jun 2021 (Khamis).
  6. Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada jawatan@lktn.gov.my disertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.

Senarai jawatan yang lain:

Diharapkan agar perkongsian Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.