Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2021

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 1 Jun 2021. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) seperti di bawah ini.

Maklumat Jawatan Kosong MPHTJ

  • Jawatan: Pegawai Veterinar Gred GV41
  • Taraf Jawatan: Kontrak (1 Kekosongan)
  • Jabatan: Jabatan Zoo
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Dan Profesional
  • Klasifikasi perkhidmatan: Pertanian
  • Gaji (Minimum – Maksimum): RM2,697.00 – RM9,551.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

Deskripsi Tugas Pegawai Veterinar GV41

  • Bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan pemakanan dan pengendalian klinik haiwan di Zoo Melaka

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: iklan_jawatan_kosong_mphtj_veterinar_

Cara Permohonan Kerja di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
    Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ, iaitu
    http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
  2. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan
    kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan
    dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi
    syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta-merta.
  4. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan
    kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi
    Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.
  5. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat
    berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA
    JAWATAN yang dipohon.
  6. Alamat permohonan:

    Yang Dipertua
    Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
    SF-01, Aras 2,
    Kompleks Melaka Mall,
    Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
    75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
    (U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

dream job 4453054 640 5
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Senarai jawatan yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua terutama sekali kepada individu yang sedang mencari pekerjaan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati