Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia 2021

Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia
Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia

Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia yang sedang ditawarkan sehingga tarikh tutup pada 29 April 2021 (Khamis), jam 4.00 petang. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini. Terdapat sebanyak lima jawatan berbeza yang ditawarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) seperti di bawah ini.

Senarai Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia

  1. Pegawai Tadbir Gred N41 (1 kekosongan)
  2. Akauntan Gred WA41 (1 kekosongan)
  3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (1 kekosongan)
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 (4 kekosongan)
  5. Pemandu Kenderaan Gred H11 (1 kekosongan)

Syarat-syarat Permohonan Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my.
  2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
  3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
  4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.
  5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
  6. MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.
  7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 4853/3678/3679/3680/3714. Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.
  8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 April 2021 (Khamis) jam 4.00 petang.

Catatan Am

Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia
Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Pihak MQA tidak bertanggungjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmatan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik.
  • Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.
  • Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.
  • MQA hanya beroperasi di Mercu MQA, Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai sebarang cawangan di tempat lain.

Maklumat Lanjut Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia

Anda boleh rujuk maklumat lanjut berkenaan skop / deskripsi tugas, syarat lantikan, dan jadual gaji bagi kelima-lima jawatan yang ditawarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia di pautan berikut:

Senarai Kerja Kosong Kerajaan yang Lain:

  1. Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  3. Jawatan Kosong Pembantu Makmal Gred C19
  4. 115 Kekosongan Pembantu Awam Gred H11
  5. Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam S19
  6. Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
  7. Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
  8. Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
  9. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
  10. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
  11. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  12. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  13. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  14. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  15. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Semoga perkongsian Pelbagai Kekosongan Jawatan Agensi Kelayakan Malaysia ini dapat memberi informasi kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Tips Temuduga Sebarang Kerja Kosong Yang Anda Pergi

Membuat persediaan dalam menghadapi sesi temuduga merupakan 1 tindakan bijak yang mungkin ramai tidak tahu. Biasanya mereka yang nak menghadiri temuduga hanya sibuk memikirkan nak pakai baju apa, nak susun dokumen macam mana dan nak pergi dekat bangunan mana.

Malang sungguh jika itu sahaja yang ada di dalam kepala kita kerana perkara paling besar ialah kesediaan dan kemampuan menjawab semua pertanyaan dalam sesi temuduga. Antara tips yang boleh diberikan kali ini ialah :

  1. Datang awal ke pusat temuduga, jangan lupa merancang kenderaan dan perjalanan anda lebih awal. Susun segala perjalanan ini dengan menulis di atas sebuah kertas atau di dalam telefon anda supaya anda tidak gelabah.
  2. Selidik dan buat kajian mengenai syarikat yang anda ingin mohon kerja itu. Pastikan siapa pengasas dan perkara yang berkaitan.
  3. Pemakaian yang bersih dan kemas menjadi keutamaan dan bukan yang berjenama.
  4. Jawab persoalan yang ditanya penemuduga dengan ikhlas dan jika tidak tahu beritahu sahaja anda memang tidak tahu dan elakkan menipu atau “menggoreng” kerana ianya akan menampakkan peribadi anda yang tidak bagus.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati