Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi Julai 2018 Diawalkan

TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM BAGI
Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi Julai 2018 Diawalkan

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi Julai 2018 Diawalkan ini adalah berdasarkan pekeliling yang terkini dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2018
TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULAN JULAI TAHUN 2018 .

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi Julai 2018 Diawalkan

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi Julai 2018 Diawalkan

Pada asalnya, tarikh pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan bagi Julai 2018 adalah pada 25 Julai. Namun, memandangkan gaji bulan Jun telah dibayar lebih awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, terdapat lompong jarak hari yang agak panjang sebelum pembayaran gaji seterusnya.

image 70

Perkara ini menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk mengawalkan pembayaran gaji untuk bulan Julai 2018 kepada semua kakitangan awam Malaysia.

Menerusi surat pekeliling yang telah diedarkan kepada semua jabatan kerajaan Persekutuan itu, kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai tahun 2018 dipinda daripada 25 Julai 2018 (Rabu) kepada 18 Julai 2018 (Rabu).

Namun, pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2017 rujukan ANM(T)81/10/6/10(35) bertarikh 22 Disember 2017.

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi Julai 2018 Diawalkan memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati