Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis Effective April 2021

Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis

Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sehingga tarikh tutup permohonan pada 11 April 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. Jawatan yang ditawarkan ini adalah berbeza-beza mengikut keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Kesemua jawatan yang sedang ditawarkan oleh SPA ini adalah jawatan gred 29 dan boleh dimohon oleh seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis

SPA sedang membuka beberapa permohonan jawatan kosong yang akan ditempatkan di bawah kerajaan Negeri Perlis, antaranya ialah:

  1. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 (1 Kekosongan & 4 Simpanan)
  2. Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 (2 Kekosongan & 4 Simpanan)
  3. Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 (1 Kekosongan & 4 Simpanan)
  4. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 (1 Kekosongan & 4 Simpanan)
  5. Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam) (1 Kekosongan & 4 Simpanan)

Syarat Kelayakan Umum

ebdf40d3 f9f1 487c a9fd dd3637460eaa 3

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Hebahan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan hebahan jawatan-jawatan yang ditawarkan tersebut. Anda boleh dapatkan maklumat syarat keperluan bidang dan syarat kelulusan pelajaran bagi setiap jawatan menerusi iklan-iklan jawatan kosong di bawah ini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain

Anda juga mungkin berminat dengan kekosongan jawatan lain yang ditawarkan oleh SPA. Sebagai peringatan mesra, sila ambil maklum dengan tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan tersebut.

Semoga perkongsian Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis ini dapat memberi informasi terkini jawatan kosong khususnya buat seluruh individu yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh setiap jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada sesiapa sahaja yag berkelayakan untuk membuat permohonan jawatan kosong yang akan ditempatkan di bawah Kerajaan Negeri Perlis ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati