Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41 Effective April 2021

Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41

Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41 merupakan jawatan terkini yang dibuka permohonannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sehingga tarikh tutup pada 11 April 2020 (Ahad) jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 69 kekosongan dan 200 simpanan yang ditawarkan bagi jawatan Penguasa Kastam gred WK41 ini.

SPA kini sedang mencari calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut bagi individu yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  • Berketerampilan baik
  • Bersemangat tinggi dalam kerja berkumpulan
  • Berbakat dalam kepimpinan
  • Memiliki ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Berkelayakan profesionalisme sesuai dengan jawatan

Deskripsi Tugas Penguasa Kastam Gred WK41

Individu yang dilantik sebagai Penguasa Kastam Gred WK41 ini bertanggungjawaab untuk menjalankan tugas-tugas berikut, antaranya ialah:

  1. Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  2. Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  3. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  4. Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Jadual Gaji Penguasa Kastam Gred WK41

 Gaji Minimum

RM2,094.00

 Gaji Maksimum

RM9,585.00

 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan 

RM225.00

Syarat Lantikan Penguasa Kastam Gred WK41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Memiliki salah satu kelulusan berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
    (Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)

Syarat Kelulusan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan

  • mempunyai kelayakan seperti syarat lantikan di atas, dan
  • lulus Peperiksaan Khas

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dapatkan “Iklan Hebahan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan hebahan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 Penguasa Kastam Gred WK41

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain

Anda juga mungkin berminat dengan kekosongan jawatan lain yang ditawarkan oleh SPA. Sebagai peringatan mesra, sila ambil maklum dengan tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan tersebut.

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41 ini dapat memberikan informasi lengkap kepada para pelajar khususnya lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang berkaitan atau mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengambil peluang ini bagi menyertai perkhidmatan dalam dalam sektor kerajaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati