Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 ini merupakan jawatan dalam sektor kerajaan yang sedang dibuka permohonannya melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sehingga 7 April 2021 (Rabu), jam 11:59 malam. Jawatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred 41 ini dibuka di bawah Kementerian Sumber Manusi. Permohonan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
SPA membuka sebanyak 17 kekosongan dan 30 simpanan bagi Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan yang sedang dibuka permohonannya ini. Sehubungan itu, ciri-ciri keperibadian yang sedang dicari oleh SPA terhadap calon-calon yang dikehendaki adalah seperti berikut:
- Berketerampilan baik.
- Bersemangat tinggi dalam kerja berkumpulan.
- Mempunyai bakat kepimpinan.
- Mmepunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Bekelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan.
Deskripsi Tugas Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
Isi Kandungan
- 1 Deskripsi Tugas Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
- 2 Jadual Gaji Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
- 3 Syarat Kelayakan Bahaya Melayu
- 4 Syarat Lantikan Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
- 5 Syarat Peningkatan Secara Lantikan Bagi Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
- 6 Senarai Keperluan Bidang (Berdasarkan Jabatan)
- 7 Keperluan Tambahan
- 8 Cara Permohonan Jawatan
Tanggunagjawab yang perlu digalas oleh seseorang Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred 41 ini adalah seperti yang ditetapkan, antaranya ialah:
- penggubalan dasar perburuhan,
- pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan,
- keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja,
- memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan,
- memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan,
- merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.
Jadual Gaji Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
Gaji Minimum | RM 2,078.00 |
Gaji Maksimum | RM 9,544.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 225.00 |
Syarat Kelayakan Bahaya Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
SPA telah menetapkan senarai syarat lantikan bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau - Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau - Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,384.07); atau - Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.70)
Syarat Peningkatan Secara Lantikan Bagi Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan
Permohonan daripada individu yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- Mempunyai kelayakan / kelulusan seperti syarat lantikan di atas.
- Lulus Peperiksaan Khas.
- had umur pelantikan:
– berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
– berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
– berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Senarai Keperluan Bidang (Berdasarkan Jabatan)
- Sains Sosial (Pembangunan Manusia)
- Sains (Pembangunan Manusia & Pengurusan)
- Pembangunan Sumber Manusia
- Pengajian Pembangunan Manusia
- Pembangunan Manusia
- Pembangunan Manusia & Pengurusan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Undang-undang
- Jurisprudens
- Psikologi Industri & Organisasi
- Ekonomi dan Pengajian Sosial
- Ekonomi Insudtri dan Organisasi
- Ekonomi Sumber Manusia
- Sains Sosial (Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan)
- Sains Sosial (Hubungan Industri)
- Sains Pembangunan Sumber Manusia
- Perhubungan Buruh dan Industri
- Industri Psikologi
- Pentadbiran Sosial dan Sumber Manusia
- Sains Aktuari
- Actuarial Maths and Statistics
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah mempunyai kelayakan/kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang telah diiktiraf oleh senat universiti/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Dapatkan “Iklan Kekosongan Jawatan” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Iklan Kerja Kosong SPA Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
Cara Permohonan Jawatan
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:
Selain itu anda juga mungkin berminat dengan perkongsian 147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 , 2,462 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 , 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 , 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM , ataupun Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI).
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 ini dapat memberikan informasi lengkap kepada para graduan atau individu yang berkelayakan untuk membuat permohonan jawatan kosong terutamanya dalam sektor kerajaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai, atau sesiapa sahaja yang berkelayakan.