Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tips dan Trik Menghafal Sifir Matematik 1 hingga 9

Tips dan Trik Menghafal Sifir Matematik
Trik Menghafal Sifir Matematik

Tips dan Trik Menghafal Sifir Matematik ini dikongsikan untuk guru mata pelajaran Matematik dan pelajar-pelajar bagi menghafal sifir di dalam Matematik. Sifir merupakan perkara asas yang amat penting dan berguna dalam mata pelajaran matematik dimana ianya digunakan dalam proses pengiraan.

Kebiasaannya, pelajar mengalami masalah untuk menghafal sifir kerana ianya melibatkan nombor-nombor yang memerlukan minda berfungsi dengan cepat. Pelajar yang dapat menghafal sifir akan menguasai dan memahami mata pelajaran Matematik dengan mudah. Namun begitu, terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menghafal sifir dengan mudah dan berkesan.

Dalam usaha menghafal sifir, ingatan merupakan teman rapat kita. Mempunyai ingatan yang kuat dan cerdas akan membantu pelajar menghafal sifir dengan mudah.

Sebelum ini, kami ada kongsikan contoh soalan-soalan Matematik bagi ujian Mac untuk pelajar tahun 6. Guru boleh menggunakan contoh tersebut sebagai panduan.

Trik Menghafal Sifir Matematik

Trik Menghafal Sifir Matematik
Trik Menghafal Sifir Matematik

Setiap proses pendaraban mempunyai kembar yang membolehkan kita mengingati sifir dengan lebih mudah.

Sebagai contoh, sekiranya anda lupa pengiraan 7×5, anda mungkin mengingati pengiraan 5×7=35. Justeru, anda hanya perlu mengingati separuh daripada jadual sifir.

Trik Menggunakan Nombor

  1. [SIFIR 2] Tambahkan sesuatu nombor dengan nilai sendiri (dalam kata lain, gandakan ia)
    • Contohnya, 2×6 : 6+6 = 12
  2. [SIFIR 4] Gandakan sebanyak dua kali
    • Contohnya, 4×6 : 6+6=12, kemudian 12+12=24. Jadi jawapannya ialah 24.
  3. [SIFIR 5] Bahagi kepada separuh nilai, seterusnya didarab dengan 10 atau darab dengan 10 dahulu dan kemudian bahagikan kepada separuh nilai
    • Contohnya, 5×6: 6 didarabkan dengan 10=60, selepas itu 60 dibahagikan kepada separuh menjadi 30. Jawapan akhir adalah 30.
    • Boleh juga menggunakan trik ini, memasukkan nilai akhir dahulu seperti 5, 0, 5, 0…. ianya akan menjadi 5, 10, 15, 20,…..
  4. [SIFIR 6] Sekiranya anda mendarab 6 dengan nombor genap, nilai akhir jawapan akan mempunyai nilai yang sama dengan nombor genap itu
    • Contohnya : 6x2=12, 6x4= 24, 6x6=36 dan seterusnya….
  5. [SIFIR 8] Gandakan sebanyak tiga kali
    • Contohnya, 8×9: 9+9=18, 18+18=36 seterusnya 36+36=72. Jawapan akhir adalah 72.
  6. [SIFIR 15] Didarab dengan 10, kemudian ditambah dengan nilai separuh daripadanya 
    • Contohnya : 15x4 : 4 didarabkan dengan 10=40, kemudian ditambah dengan nilai separuh daripada 40 iaitu 20, jadi jalan penyelesaiannya ialah 40+20=60.
    • Contoh lain: 15x8 : didarabkan dengan 10=80, kemudian ditambah dengan nilai separuh daripada 80 iaitu 40, jalan penyelesaiannya ialah 80+40=120.
  7. [SIFIR 11] Bagi sifir 11 pula sehingga 11×9, hanya ulang nombor yang didarab
    • Contohnya: 11x5=55
    • Untuk pendaraban 11×10 sehingga 11x 18 pula, tulis semula nilai di tengah dan tambahkan dengan nilai akhir:
      • Contohnya: 11×13= 1(1+3)3 = 123
      • Contoh lain: 11×16= 1(1+6)6 =176
Trik Menghafal Sifir Matematik 1
Trik Menghafal Sifir Matematik

Perkongsian berfaedah

Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian berkaitan Tips dan Trik Menghafal Sifir Matematik ini dapat membuka idea dan minda pelajar untuk memahami dan menguasai mata pelajaran matematik. Semoga para guru boleh mempraktikkan tips dan trik ini kepada pelajar-pelajar agar memudahkan mereka untuk menghafal sifir.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati