Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 Effective April 2021

Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41

Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 ini merupakan jawatan kosong yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan bagi jawatan ini dibuka sehingga tarikh tutup pada 11 April 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 3 kekosongan dan 20 simpanan bagi jawatan Pegawai Sains Gred C41 ini.

Jawatan Pegawai Sains Gred C41 ini merupakan jawatan di Jabatan Kimia Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi. Ciri-ciri keperibadian yang sedang dicari oleh SPA bagi individu yang ingin menyertai perkhidmatan awam adalah seperti berikut:

  • Baik dalam keterampilan
  • Semangat tinggi dalam kerja berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Keperluan Bidang Pegawai Sains Gred C41 (Ditetapkan oleh Jabatan)

  • Kimia

Jadual Gaji Pegawai Sains Gred C41

07c476d9 4cb0 4d1a b97a c404ad50fccc 10
Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 Effective April 2021 3

Gaji Minimum

RM 2,317.00

Gaji Maksimum

RM 9,620.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Sains Gred C41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan

  • mempunyai kelayakan syarat lantikan seperti di atas.

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dapatkan “Iklan Hebahan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan hebahan iklan hebahan jawatan kosong. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 Pegawai Sains Gred C41

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain

Anda juga mungkin berminat dengan kekosongan jawatan lain yang ditawarkan oleh SPA. Sebagai peringatan mesra, sila ambil maklum dengan tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan tersebut.

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 ini dapat memberikan informasi lengkap kepada para pelajar khususnya lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan atau mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengambil peluang ini bagi menyertai perkhidmatan dalam dalam sektor kerajaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati