Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 Effective April 2021

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 ini adalah jawatan semasa yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA). Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan ini sebelum tarikh tutup pada 7 April 2021 (Rabu), jam 11:59 malam.

Pengambilan jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 kali ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, serta Pelbagai Kementerian/Jabatan di Sabah. Terdapat sebanyak 30 kekosongan dan 100 simpanan yang diperlukan bagi jawatan ini.

Untuk perhatian semua, SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut sekiranya ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

408502984 7262645507103478 7985061030827269632 n 2
Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 Effective April 2021 3
  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Mempunyai bakat kepimpinan.
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Berkelayakan profesionalisme sesuai dengan jawatan.

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11

Individu yang dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 ini perlulah menggalas tanggungjawab seperti berikut:

  • melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, dan
  • menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
  • Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Jadual Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11

 Gaji Minimum

 RM 1,218.00

 Gaji Maksimum

 RM 2,939.00

 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

 RM 80.00

  • Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
    Lesen D : RM1,264.15
    Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
    Lesen F/H : RM1,356.45
    Lesen G/I : RM1,402.60

Syarat Lantikan Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus dalam empat (4) subjek lain termasuk Matematik pada peringkat Sijil Rendah Pelajaran / Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  4. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Dapatkan “Iklan Hebahan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan hebahan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 Pemandu Kenderaan Gred H11

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 , Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 2,462 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 , 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ataupun 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM.

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 ini dapat memberikan informasi lengkap kepada para pelajar sekolah lepasan SRP / PMR / PT3 atau individu yang berkelayakan untuk mengambil peluang ini untuk menyertai perkhidmatan dalam dalam sektor kerajaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai, atau sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati