Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

9 HUJAH Kenapa Guru-Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh!

Sejarah Tidak Patut Di Mansuh
Sejarah Tidak Patut Di Mansuh

9 HUJAH Kenapa Guru-Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh!. Tular baru-baru ini mengenai pendapat subjek sejarah patut dimansuhkan kerana tidak memberi keuntungan kepada. Perihal matapelajaran di Sekolah merupakan isu yang sensitif kerana ia merupakan hal-hal dari sistem pendidikan negara.

Pendidikan negara terus dikritik dari semasa ke semasa, bukanlah kerana mempunyai masalah besar tetapi masalah dari segi relavan ataupun tidak. Pelbagai pihak sudah memberi pendapat dan kritkan masing-masing. Banyak pihak yang beranggapan Kementerian Pendidikan Malaysia harus mendengar dan menerima pembaikan dalam sistem pendidikan negara.

Persoalan kini timbul, adakah relevan untuk subjek sejarah dikeluarkan dari silibus pembelajaran? Ikuti kupasan lanjut mengenai isu subjek sejarah yang menjadi tular di media sosial.

9 HUJAH Kenapa Guru-Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh!

Isi Kandungan

Subjek Sejarah merupakan subjek yang diperkenalkan oleh KPM dalam usaha untuk mewujudkan bangsa yang celik sejarah masa lalu berkait dengan negara, tamadun dan budaya. Aplikasi subjek sejarah juga sememangnya menebal dalam diri kita, rakyat Malaysia.

Kita Tahu Negara Kita Merdeka Pada 31 Ogos 1957

Ya, betul kita tahu negara kita mencapai kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1957 selepas bertahun-tahun negara kita dijajah. Dimana kita tahu maklumat mengenai ini? Sememangnya kita mengetahuinya melalui pembelajaran subjek sejarah. Itulah fungsi kita belajar sejarah, untuk mengingati dan ambil kesimpulan dari masa lalu.

Mengapa Timbul Masalah Sehingga Perlu Mansuh Subjek Sejarah?

Hiruk pikuk di alam maya baru-baru ini, mana tidaknya tiba-tiba ada pendapat yang mengatakan subjek sejarah patut dimansuhkan atas beberapa sebab. Ini menimbulkan perbalahan diantara netizen.

Sebenarnya, kita perlu meneliti dahulu apa sebabnya keluar pendapat sebegitu. Menurut pemerhatian kami, Isu ini dibangkitkan dengan kenyataan ‘patut’ mansuh subjek sejarah daripada silibus kerana :

  • Fakta di dalam buku sejarah adalah tidak tepat dan ‘auta’.
  • Pembelajaran subjek sejarah merugikan.
  • Belajar sejarah sia-sia kerana murid tidak berminat.

Benarkah Sememangnya ‘PATUT’ Subjek Sejarah Dimansuhkan?

Banyak pendapat pro dan contra mengenai isu ini. Subjek sejarah merupakan subjek yang sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Dari sudut kepentingan subjek sejarah juga banyak. Pembelajaran subjek sejarah juga dapat membentuk jatidiri seseorang, semangat nasionalisme dan lain-lain lagi.

Jelas disini, subjek sejarah adalah patut juga untuk dikekalkan jika dilihat pada sudut manfaatnya. Berbeza pula jika seandainya subjek sejarah yang sediada terlalu banyak auta berbanding fakta, ia boleh dipertimbangkan untuk diambil tindakan.

9 HUJAH Kenapa Guru-Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh!

Gempar baru-baru ini apabila sebuah akhbar telah menerbitkan artikel berkaitan subjek sejarah adalah wajar untuk dimansuhkan atas alasan tidak menguntungkan. Perkara itu mendapat perhatian netizen yang dimana rata-rata mengecam artikel tersebut kerana merasakan adalah tidak patut, ‘buang sejarah ibarat buang diri sendiri’.

Ada juga yang berpendapat adalah patut kerana kerajaan perlu membuat kajian semula keatas subjek sejarah yang sediada.

photo1664706373
Sejarah Tidak Patut Di Mansuh

Jadi, kami dari Sistem Guru Online telah membuat tinjauan di media sosial dengan menanyakan persoalan kepada guru-guru mengenai isu semasa , “Buang Subjek Sejarah Dari Silibus Pembelajaran”.

Berikut kami lampirkan antara hujah-hujah guru yang terbaik kenapa subjek Sejarah tidak patut dibuang dari silibus pembelajaran.

Hilang Sejarah hilanglah Bangsa n negara – Siti Mariyam

Benar, Sejarah telah mengajar kita untuk mempunyai jati diri dan bangsa rakyat Malaysia.

Buang subjek sejarah ibarat… Ibubapa berhempas pulas melahir mendidik membesarkan anak… Sampai waktu anak dah besar, sang anak wajar melupakan ibu bapanya… – Muhammad Rabbani Abd Manaf

Seorang yang buta sejarah akan buat seseorang itu tidak mempunyai rasa syukur akan negara sendiri..

Sejarah tue wajib dikekalkan supaya budak2 skrg sedar diri asal usul mereka!! Jangan x kenang budi hasil keamanan, keharmonian dan keselesaan skrg adalah dari perjuangan dan titisan darah pejuang dan org2 terdahulu serta jangan duk sanjung sgt bangsa penjajah2 yg pernah berlaku zalim pada masyarakat kita pada suatu masa dahulu. – Alya Abdullah Latif

408670689 1544106749742317 7487900793931887687 n 6
Sejarah Tidak Patut Di Mansuh, Sejarah Tidak Patut Di Mansuh, Sejarah Tidak Patut Di Mansuh, Sejarah Tidak Patut Di Mansuh, Sejarah Tidak Patut Di Mansuh, Sejarah Tidak Patut Di Mansuh

Benar apa yang dikata, bermula kenal sejarah akan memupuk diri insan rakyat Malaysia. Jikalau tiada pengamatan sejarah, rugilah anak bangsa.

Saya tidak menyokong subjek ini dimansuhkan. Belajar dan mengetahui Sejarah tetap penting bagi generasi sekarang. Pada pandangan saya, sebaiknya direndahkan sedikit silibus sekolah rendah, terutama bagi Tahun 4 dan 5. Kandungan subjek Sejarah sekarang agak tinggi,agak sukar untuk guru menyampaikan, selain murid yang tidak gemar menghafal. – Norasikin Md Samingon

X payah buang subjek Sejarah tu, cuma perbetulkan fakta sejarah. Especially berkenaan dgn Hari Kebangsaan. Selitkan sejarah kemerdekaan Sarawak. – La Wren Dino

Ada juga yang berpendapat subjek sejarah tidak patut dibuang tetapi dikaji semula..

Not knowing history is like not knowing your parents or your family roots. History is something to be proud of provided, it is the truth. Kenapa nak buang,hanya perlu cerita kan benda yg betul,jika memalukan kita harus perbaiki di masa hadapan, jika membanggakan kita ikut jejak mereka. History is guidance and there is a reason why it’s a compulsory pass subject – Nageswari Sacillan

Begitulah diibaratkan kepada mereka yang tidak belajar sejarah. Ibarat tidak kenal ibu bapa sendiri dan moyang-moyang dahulu. Sejarah adalah hidup kita dimasa lalu.

Subjek Sejarah tu pnting utk generation kta jgn d buang tpi prbetulkan fakta yg d tulis agar telus dan mnjdi sejarah yg brsejarah – Js Sunshine

Ya, betul. Genarasi akan datang memerlukan sejarah untuk mempelajari ketamadunan dan gaya hidup generasi yang lalu.

Belajar sejarah pun.. X kenal sejarah negara… Klu buang… Nk kenal apa.. Nk ajar apa kt bangsa kita ni.. Nk ajar dunia.. Kekayaan.. Duit.. Duit.. Duit… Semua dah gila dunia… Belajar utk kerjaya… Semata2.. Tu sbb.. Nilai dan budaya.. Semakin hilang.. Kita kejar dunia.. Kejar dunia.. Dunia makin jauh… – Azlan Lan Iza

Belajar sejarah bukanlah untuk mengejar kekayaan semata, ia tiada jaminan. Namun, alhasil pembelajaran sejarah akan melahirkan individu yang baik budi pekertinya.

Buang sejarah adalah usaha nak merosakkan bangsa Dan negara – Wahab Ismail

Ringkas.. Sejarah amat penting dalam kehidupan. Kita bukanlah diajar mengenai orang-orang dimasa lalu, tapi isi yang tersirat ada di dalam pembelajaran sejarah.

Pengamatan subjek sejarah akan melahirkan ribuan rakyat Malaysia yang bertamduan, berbudi bahasa dan bersemangat patriotik. Sejarah itu penting untuk dipelajari kerana kita kena pastika sejarah itu mengajar kita untuk bangkit dan terus maju.

“Orang Yang Tidak Belajar Dari Sejarah, Dia Akan Mengulangi Sejarah -George Santayana”

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati