Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 Effective April 2021

Jawatan Kosong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41

Jawatan Kosong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 ini merupakan jawatan terbaru yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 7 April 2021 (Rabu), jam 11:59 malam.

Jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 yang ditawarkan ini terdiri daripada 4 kekosongan dan 12 simpanan. Calon-calon yang dikehendaki oleh SPA untuk menyertai perkhidmatan awam mestilah mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut:

  • Baik dalam berketerampilan
  • Bersemangat tinggi dalam kerja berkumpulan
  • Berbakat dalam kepimpinan
  • Memiliki ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Memiliki kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41

Individu yang dilantik sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 ini, akan dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas-tugas seperti berikut, iaitu:

  1. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja.
  2. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan.
  3. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.

Jadual Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41

 Gaji Minimum

RM2,529.00

 Gaji Maksimum

RM9,643.00

 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM225.00

Syarat Lantikan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ini
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. Mempunyai kesemua syarat lantikan seperti di atas.
  2. lulus peperiksaan badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  1. Kejuruteraan Elektrik

Dapatkan “Iklan Hebahan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan hebahan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 Pemeriksa Kilang Jentera Gred J41

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang lain

Anda juga mungkin berminat dengan kekosongan jawatan lain yang ditawarkan oleh SPA. Sebagai peringatan mesra, sila ambil maklum dengan tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan tersebut.

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 ini dapat memberikan informasi lengkap kepada para para graduan khususnya lepasan jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau individu yang berkelayakan untuk mengambil peluang ini untuk menyertai perkhidmatan dalam dalam sektor kerajaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati