Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji

image 360
Official Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji 3

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji ini merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Besar Selangor. Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah / 2021 sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para penjawat awam Negeri Selangor.

Jumlah Bantuan Khas Kewangan yang diberikan ini adalah sebanyak setengah bulan gaji  atau minimum RM 1,000 kepada semua Penjawat Awam Negeri Selangor termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan Persekutuan. Anggaran implikasi kewangan ini adalah sebanyak RM22.675 juta kesemuanya.

Menteri Besar berkata, BKK ini turut diberikan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi, dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan.

Kerajaan Negeri juga turut mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin masyarakat dan komuniti di Selangor. Oleh itu, sukacita diumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada pemimpin masyarakat.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji

Bantuan Kewangan RM 300 Sebulan

Di samping itu, Kerajaan Negeri sentiasa mementingkan kebajikan para petugas masjid yang memikul tanggungjawab penting terutama ketika di bulan Ramadan. Oleh itu, Kerajaan Negeri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada Setiausaha MPKK dan petugas masjid yang akan disumbangkan menerusi CSR Anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Baca Juga: Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 ataupun Bantuan One Off RM500 Mulai Jun 2021.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Menurut YB Datuk Seri Amirudin Shari, pembayaran bagi BKK Aidilfitri akan mula disalurkan kepada penerima pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H)

Jumlah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan Kategori Penerimanya

Setengah Bulan Gaji / Minimum RM 1,000.00

  1. Semua Anggota Perkhimatan Awam Kerajaan Negeri (termasuk anggota di bawah penggajian kerajaan Persekutuan).

RM 1,000.00 kepada Pemimpin Masyarakat

  1. Pengerusi MPKK
  2. Pegawai Perhubungan Kampung Baru / Bagan / Tersusun
  3. Ketua Komuniti India
  4. Penyelia Wanita Berdaya (PWB)

RM 500 kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs)

RM 500 kepada Setiausaha MPKK dan Petugas Masjid termasuk:

  1. Nazir
  2. Imam
  3. Siak
  4. Bilal

Semoga perkongsian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji ini dapat memberi sinaran Aidilfitri buat semua penerima yang telah diumumkan. Diharapkan dengan penyaluran bantuan sedemikian ini dapat menyuntik lagi semangat individu-individu yang terlibat untuk mencurah bakti dan berkhidmat sepenuhnya. Pemberian bantuan khas sempena Aidilfitri oleh kerajaan negeri Selangor ini wajar dijadikan contoh terhadap negeri-negeri lain juga untuk memupuk semangat daya saing penjawat awam masing-masing.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati