Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Syarat Kemasukan Tingkatan 6

syarat kemasukan tingkatan 6

Syarat Kemasukan Tingkatan 6. Tingkatan 6 merupakan salah satu laluan bagi pelajar lepasan SPM untuk menerus pendidikan mereka ke peringkat seterusnya.

Selain daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam, pelajar juga boleh memilih untuk menyambung pengajian mereka ke Tingkatan 6 dan terdapat beberapa panduan yang perlu diambil berat sebelum membuat keputusan.

Tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh disemak sekitar bulan Julai setiap tahun dan pelajar tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6.

Penubuhan Tingkatan 6

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), menyatakan “pendidikan lepas menengah” bermaksud Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikut Pendidikan lepas menengah, tetapi tidak termasuk Pendidikan Tinggi.

Tingkatan 6 telah beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Manakala pelaksaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Tempoh pengajian semasa di Tingkatan 6 adalah selama tiga semester, setelah menamatkan pengajian, mereka layak untuk ditawarkan pengajian di Tingkatan 6 jika memenuhi syarat umum dan syarat khusus bagi bidang yang ditawarkan.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Syarat Am 

Berikut adalah syarat am untuk memasuki Tingkatan 6:

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.

Syarat Khas

  1. JURUSAN SAINS
    – 
    Bagi jurusan Sains, pelajar perlulah memperoleh sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti:- Matematik/ Matematik Tambahan
    – Fizik
    – Kimia
    – Biologi
    – Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
  2. JURUSAN SAINS SOSIAL
    i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik
    – 
    Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti:- Bahasa Melayu
    – Bahasa Inggeris
    – Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
    – Sejarah
    – Geografi/ Pendidikan Seni Visual
    – Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
    – Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
    – Matematik/ Matematik Tambahan
    – Prinsip Perakaunan
    – Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
    – Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) – Pembinaan Domestik/Membuat Perabot/Kerja Paip Domestik/Pendawaian Domestik/Kimpalan Arka dan Gas/Menservis Automobil/Menservis Motosikal/Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Rekaan dan Jahitan Pakaian/Katering dan Penyajian/Pemprosesan Makanan/Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut/Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak/Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik/Landskap dan Nurseri/Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/Tanaman Makanan/Seni Reka Tanda/Hiasan Dalaman Asas/Produksi
    Multimedia/Grafik Berkomputer
    – Tasawwur Islam/ Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
    – Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
    – Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology
    – Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

  ii. Sekolah Menengah Agama
(a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut:

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Bahasa Arab

(b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut:

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran

Cara Pengiraan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Di bawah merupakah jadual nilai mata gred (cara pengiraan) yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6:

cara pengiraan kemasukan tingkatan 6

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Syarat Kemasukan Tingkatan 6 ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan para pelajar lepasan SPM.

Sebelum ini, kami ada berkongsi mengenai perkongsian seperti:

Untuk ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan pelbagai bahan bantu pembelajaran bagi murid di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan prasekolah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati