Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Amalan Lailatul Qadar dan Doa Malam Lailatul Qadar

Blue Modern Digital Art Marketplace Promotion Facebook Ad
7 Amalan Lailatul Qadar dan Doa Malam Lailatul Qadar 5

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang begitu istimewa bagi para mukmin di seluruh dunia. Bagi mereka yang menjalankan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh pada bulan tersebut, maka Allah swt akan memberikan balasan kepada hamba-hambaNya. Antara kelebihan bulan Ramadhan adalah adanya malam Lailatul Qadar. Dalam artikel ini, penulis akan menerangkan maksud Lailatul Qadar, amalan lailatul Qadar, doa malam Lailatul Qadar dan tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Pengenalan Amalan Lailatul Qadar

Bagi mereka yang menjalankan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan, maka Allah swt akan memberikan balasan kepada hamba-hambaNya. Justeru, digalakkan untuk kita meningkatkan amal ibadah ketika di ambang 10 malam terakhir. Jelas bahawa Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bayangkan ia adalah malam yang sangat mulia di mana para malaikat turun membawa rahmat Allah swt bagi orang-orang yang terpilih bertemu dengannya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qadar (1-3):

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan nya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qadar (4-5):

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥

Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikatmalaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

Apakah itu Lailatul Qadar?

‘Lailah’ yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari. Sedangkan ‘al-Qadar’ pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam. Ada ulama berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain.

laik
7 Amalan Lailatul Qadar dan Doa Malam Lailatul Qadar 6

Jangkaan Malam Lailatul Qadar

Sebagaimana yang kita tahu bahawa Lailatul qadar adalah satu daripada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Untuk tahun ini, Lailatul Qadar 2024 dijangka akan bermula pada malam Sabtu, 6 April 2024. Namun, tarikhnya yang tepat adalah tertakluk pada penampakan bulan Ramadhan, 1445.

Walaupun malam yang tepat di mana Lailatul Qadar muncul tidak dinyatakan di mana-mana, Nabi Muhammad (S.A.W.) telah memberi panduan kepada kita bahawa Lailatul Qadar berlaku ketika malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Aishah (R.A.) bahawa Nabi Muhammad (S.A.W.) bersabda:

“Carilah malam Lailatul qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadan.”(Sahih Bukhari: 2017)

Oleh itu, Lailatul qadar jatuh pada sama ada malam ke-21, 23, 25, 27 atau 29 dalam bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, apa yang ditekankan selalunya adalah ia berlaku kemungkinan besar pada malam 27 Ramadhan.

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah:

  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadaritu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Amalan Lailatul Qadar

  1. Menghadiri solat berjemaah– Menghidupkan malam dengan melakukan amalan lailatul qadar di sepanjang malam daripada selepas solat Isyak sehingga solat Subuh iaitu seseorang itu melakukan solat Isyak secara berjemaah dan dia berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah.
  2. Membanyakkan solat sunat malam– Solat sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.
  3. Iktikaf di masjid– Untuk meraih keutamaan malam lailatul qadar, Rasulullah menganjurkan bagi umat Muslim untuk memperbanyak membaca doa lailatul qadar sambil itikaf di dalam Masjid. Doa malam lailatul qadar ini memohon keampunan yang dianjurkan untuk dibaca sebanyak-banyaknya.
  4. Membaca doa lailatul qadar– Doa malam Lailatul Qadar yang dianjurkan dihafalkan oleh umat Islam sesuai dengan sunah Nabi Muhammad SAW.
  5. Membaca sayyidul istighfar– Membaca penghulu istighfar adalah amat digalakkan sebagai amalan lailatul qadar.
  6. Tilawah al-Quran– Memperbanyakkan mengaji al-quran pada malam lailatul qadar
  7. Bersedekah
adad
7 Amalan Lailatul Qadar dan Doa Malam Lailatul Qadar 7

Doa Malam sebagai Amalan Lailatul Qadar

Doa malam sebagai amalan Lailatul Qadar yang dianjurkan dihafalkan oleh umat Islam sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad SAW adalah sebagai berikut:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allāhumma innaka afuwwun karīmun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annī (‘annā jika dibaca berjamaah)

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh Engkau maha pemaaf yang pemurah. Engkau juga menyukai pemintaan maaf. Oleh karena itu, maafkanlah aku (maafkanlah kami).” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad, dari Aisyah).

laill
7 Amalan Lailatul Qadar dan Doa Malam Lailatul Qadar 8

Soalan FAQs Berkenaan Amalan Lailatul Qadar

Bilakah malam lailatul qadar?

Tidak diketahui. Tetapi ia berlaku pada malam-malam ganjil dalam bulan Ramadhan.

Apakah antara amalan lailatul qadar yang dianjurkan?

Solat jemaah, berdoa, beristighfar dan bersedekah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati